Wednesday, October 5, 2011
SENI PAKAIAN DAN PERHIASAN
Manusia memerlukan tiga perkara asas dalam kehidupan. Antaranya ialah makanan,
pakaian dan tempat tinggal. Pakaian adalah keperluan asas yang amat penting dalam
kehidupan manusia sejagat. Perhiasan pula adalah pelengkap kepada gaya penampilan
dan personaliti seseorang individu. Isi-isi penting di bawah akan memuatkan maklumat
mengenai pemakaian dan perhiasan mengikut zaman.
2.1 Zaman Nabi S. A. W. dan Khulafa al-Rasidun
Pakaian yang dihasilkan oleh ummat Islam pada zaman awal Islam adalah sangat mudah
dan senang buatannya. Kebanyakkan daripada mereka tidak gemar menunjuk-nunjuk
dalam dalam etika pemakaian. Antara material yang digunakan untuk membuat pakaian
pada zaman ini ialah bulu binatang, kain linen iaitu jalinan rami yang membentuk kain
dan kain kapas.
Secara umumnya pemakaian orang Arab adalah terdiri daripada jubah, tunik,
mantel atau pakaian yang biasanya dipakai oleh imam-imam dan kasut atau capal.
Pakaian yang diperbuat daripada linen dan bulu kambing biri-biri adalah sangat tinggi
harganya. Terdapat lebih daripada 20 000 atau mungkin lebih daripada 100 000 sama ada
koleksi simpanan peribadi atau simpanan awam yang telah diklasifikasikan sebagai
Coptic. Kebanyakkan daripada Coptic ini akan dihiasi dengan sejenis pingat yang
diletakkan dipinggang. Pingat ini berfungsi sebagai tali pinggang. (Patricia L. Baker:
1995).
Telah dinyatakan di dalam hadith bahas Nabi Muhammad S. A. W. telah memakai
sejenis pakaian yang diperbuat daripada benang bulu biri-biri. Malah kebanyakkan
daripada ahli sufi orang-orang yang zuhud telah mengenakan pakaian seperti ini.
Dalam bahasa Arab kain kapas dipanggil suf, dalam bahasa Turki pula ia disebut sebagai
yün dan bahas parsi pula ia diungkapkan sebagai pasm. Pakaian daripada benang bulu
biri-biri ini turut menunjukkan hati yang rendah diri.(Patricia L. Baker: 1995).
2
Wanita pada zaman tersebut memakai pakaian berupa seluar panjang dan baju
berbelah di leher. Ketika musim sejuk pakaian-pakaian ini ditambah lagi dengan sejenis
pakaian dalam atau baju dalam yang agak sempit. Sebelum meninggalkan rumah para
wanita akan memakai pakaian yang menutup aurat sebelum mengenakan tudung. (Samsu
Adabi Mamat: 2007)
Kebiasaaanya pakaian-pakaian zaman awal Islam ini dihasilkan secara kecilkecilan
di rumah. Jarang sekali ada penghasilan pakaian secara besar-besaran yang
terdapat pada zaman ini. Mereka juga sering kali mengimport kain-kain daripada kerajaan
yang telah lama berdiri dalam bidang ini seperti kerajaan Rom dan Byzantin.(Anon:
2008)
Secara umumnya pemakaian barangan kemas adalah suatu tradisi yang diwarisi
sejak berzaman. Setelah kedatangan Islam, lelaki adalah dilarang dan haram memakai
barang kemas yang diperbuat daripada emas dan perak. Ini tidak bermakna lelaki tidak
dibenarkan langsung memakai barangan perhiasan. Nabi Muhammad sendiri memakai
cincin yang diperbuat daripada gangsa dan tembaga. Cincin ini mempunyai perkataan
Muhammad Rasul Allah dan digunakan sebagai cop mohor. (Anon: 2008)
Barang perhiasan boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang diperbuat daripada
logam yang boleh dicairkan dan dibentuk menjadi bahan yang baru. Logam emas dan
perak adalah bahan yang paling terkenal untuk dijadikan barang perhiasan. Wanita-wanita
pada zaman awal Islam turut memakai barangan kemas seperti gelang tangan, gelang
tangan, rantai subang dan lain-lain lagi.
2.2 Zaman Umayyah dan ‘Abbasiyyah
3
Menurut catatan yang berkaitan dengan Marwan II ada menyatakan bahawa terdapat
terdapat unsur-unsur seperti gambar pemburuan binatang, kepak burung dan lain-lain
bentuk di atas sehelai kain sutera. Tidak terdapat sebarang catatan sama ada khalifah
zaman Umayyah tertarik untuk menjadikan warna tertentu sebagai warna bagi kerajaan.
Tetapi semasa hari Jumaat, semua rakyat kerajaan Umayyah akan memakai
pakaian yang berwarna putih sama ada untuk solat mahupun sepanjang hari Jumaat.
Ketika perarakkan pula, penonton perarakkan akan memakai pakaian yang pelbagai
warna sedangkan orang yang bertugas untuk melakukan perarakkan akan memakai
pakaian yang berwarna putih. (Patricia L. Baker: 1995)
Ketika pada zaman Umayyah dan ‘Abbasiyyah telah banyak pengaruh mula
meresap dalam etika pemakaian ummat Islam pada ketika itu. Penaklukan di setiap
wilayah juga menyebabkan rakyat tempatan yang memeluk Islam cuba untuk
menyelarikan pakaian tempatan yang biasa mereka pakai dengan kehendak syariat
Islamiyyah. Keadaan ini telah menyebabkan beberapa pakaian perlu dipakai agar ia
menepati tuntutan Islam.
Semasa zaman ‘Abbasiyyah, gaya pemakaian orang Parsi mula mendapat tempat
dikalangan golongan bangsawan. Pakaian ini kemudiannya dijadikan sebagai pakaian
rasmi bagi pegawai yang bertugas di istana khalifah. Arahan telah dikeluarkan oleh Abu
Bakar al-Mansur memerintahkan pegawai-pegawai kerajaan memakai sejenis songkok
panjang yang berbentuk keroncup. (Samsu Adabi Mamat: 2007)
Pakaian adalah berbeza antara golongan bangsawan mahupun golongan biasa.
Bagi golongan bangsawan, pakaian mereka terdiri daripada seluar besar, baju dalam, baju
luar yang berbelah dibahagian dada, kain penutup badan, jubah dalam, pakaian sebelah
luar dan songkok.
Manakala golongan biasa akan mengenakan pakaian sarung, baju dalam, baju bahagian
luar yang berbelah di bahagian dada, sejenis kain yang panjang digunakan untuk menutup
badan dan tali pinggang.
4
Mereka memakai kasut atau capal untuk melindungi kaki. Baik golongan
bangsawan mahupun golongan biasa. Kebiasaannya orang-orang kaya akan memakai
stoking. Para khalifah dan kadi akan memakai serban yang berwarna hitam telah
dililitkan disekeliling songkok sebagai cogan bagi golongan ‘Abbasiyyah. Baju yang
berlilin akan dipakai ketika hari hujan untuk mengelakkan diri daripada basah-lencun.
Al-Mansur telah menetapkan warna hitam sebagai warna pakaian untuk majlis
keramaian untuk pegawai kerajaan yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam
struktur pemerintahan. Warna pakaian untuk ulama’ juga telah dikhususkan dengan
warna hitam. Warna ini perlu dipakai sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Sekiranya
mereka tidak mematuhinya dan mengingkarinya kerajaan ‘Abbasiyyah akan
menggunakan kekuasaan yang ada untuk menghukum mereka sebagai pembelot atau
penentang. (Patricia L. Baker:1995)
Wanita pada zaman ‘Abbasiyyah telah mula mengorak langkah baru dalam
pemakaian tudung. Mereka mula memakai tudung yang bertatahkan batu permata dan
juntaian emas yang diikat dengan batu-batu permata yang mahal dan bernilai. Disebutkan
bahawa wanita pertama yang mula mengenakan tudung seperti ini ialah Siti Aliyyah binti
al-Mahdi dan saudara perempuan Harun al-Rashid.
Bagi golongan pertengahan pula mereka mula menghiasi tudung mereka dengan
emas. Disamping itu juga mereka telah menambah intan dan permata zamrud dan
mengikatnya disekeliling skaf kepala. Selain itu, para wanita jug telah memakai
perhiasan seperti gelang-gelang tangan dan gelang kaki.
Ketika ingin membeli pakaian, pembeli berhak untuk menentukan warna pakaian
yang ingin dimiliki. Pada awal kurun ke-15 seorang pembeli boleh untuk menentukan
rekaan dan corak pada pakaian mereka. Malah mereka juga boleh mereka sendiri corak
dan warna pakaian menurut kreativiti sendiri. (Patricia L. Baker: 1995).
5
Ketika zaman ‘Abbasiyyah teknik mewarnakan pakaian telah berkembang dengan
lebih pesat. Malah penggunaan warna juga amat penting untuk membezakan agama
seseorang individu. Pada zaman pemerintahan al-Mutawakkil (847-861) beliau telah
memerintahkan agar orang awam yang bukan beragama Islam memakai pakaian yang
berwarna kuning madu ketika keluar di khalayak ramai. (Patricia L. Baker: 1995).
Wanita pada zaman ini juga mula bersolek dan berdandan. Wanita-wanita yang
paling pandai bersolek dan berdandan ialah wanita-wanita Parsi.
2.3 Zaman Mamluk
Zaman Mamluk juga tidak terkecuali untuk mengaplikasikan warna dalam pemakaian.
Sebagaimana zaman yang lain zaman Mamluk juga telah memilih satu warna sebagai
cogan. Kerajaan Mamluk telah meletakkan kuning sebagai warna rasmi kerajaan. Kecuali
dua minggu pada bulan Mei mereka akan berpakaian dengan warna putih sebagai tanda
permulaan musim panas.
Pemerintah juga memerintahkan pemakaian warna yang berbeza bagi
membezakan agama mereka. Sebagai contoh, di ibu negara seperti Mesir, Alexandria dan
Dimasq kaum lelaki Yahudi dan Kristian dikehendaki memakai turban berwarna biru atau
kuning secara bergilir-gilir. Manakala kaum wanitanya pula bebas untuk mengenakan
tudung atau tidak.
Reka bentuk dan corak pada zaman Mamluk menunjukkan ianya mempunyai
pengaruh dari Eropah, Cina dan tanah jajahan, dan tanah air mereka sendiri.
Terdapat kemungkinan besar kain sutera yang mempunyai selaput atau hiasan
emas dan perak adalah hasil buatan daripada Mamluk Mesir dan tenunan orang Syria.
6
Reka bentuk geometri dalam penghasilan tekstil juga mendapat perhatian yang
agak baik dari kalangan masyarakat Mamluk. Disamping itu juga, corak-corak seperti
bunga, burung, haiwan dan ikan masih digunakan dan dicetak di atas tekstil. Mereka juga
masih menggunakan jenis-jenis kain dan pakaian yang digunakan oleh zaman
sebelumnya.
Malah telah terdapat teknik mengecop pakaian untuk memudahkan corak dilukis
pada kain. Setelah itu kain tersebut akan diwarnakan mengikut warna yang sesuai.
Mereka telah menggunakan blok-blok tertentu untuk mengecop pakaian. Antara kain
yang biasanya menggunakan teknik ini ialah kain kapas. (Patricia L. Baker: 1995)
Masyarakat zaman ini turut tidak terkecuali untuk mempercayai kepada kuasa
yang terdapat pada tangkal atau azimat. Pada awal abad ke-14 terdapat bekas
penyimpanan azimat atau tangkal. Bekas ini dihiasi dengan ukiran dan tulisan. Ia
kemudiannya di cat dengan cat enamel yang berwarna hijau. (Nasser D. Khalili: 2005)
Pemakaian tidak tertakluk kepada pemakaian harian semata-mata. Malah ketika
peperangan para pahlawan akan memakai baju besi sebagai langkah-langkah
keselamatan. Hanya tentera elit dan tentera daripada golongan bangsawan yang
menggunakan baju besi ini. Pada abad yang ke-16, telah dipercayai bahawa pahlawan elit
juga mengenakan topi besi ketika berperang. (Nasser D. Khalili: 2005)
2.4 Zaman Uthmaniyyah
7
Basrah menjadi pelabuhan utama dalam bidang mengeksport dan mengimport takstil dari
Iran, Mesir dan Syiria. Setiap sutera yang di bawa masuk ke dalam kawasan
Uthmaniyyah akan ditimbang dan dikenakan cukai perdagangan. Ini berikutan sutera
adalah material yang sangat mahal dan mendapat permintaan yang tinggi.
Menjelang tahun 1504 lebih daripada jenis tekstil yang mewah telah dihasilkan
menggunakan lebih daripada 1000 mesin tenun. Industri menjadi bertambah rancak.
Permintaan terhadap kain mewah turut meningkat. Mesin tenunan telah memudahkan lagi
kerja untuk menenun kain. Setiap kesatuan Uthmaniah mempunyai pelanggan tetap
mereka yang tersendiri.
Kebanyakkan daripada kain yang dihasilkan adalah bermotifkan tumbuhtumbuhan,
bunga-bunga, geometri, corak kulit harimau dan lain-lain lagi. Kebanyakkan
daripada corak hiasan pada pakaian turut dipengaruhi oleh industri tekstil daripada
Eropah seperti Itali.
Sekiranya bandar Basrah terkenal dengan industri sutera, bandar Ankara pula
sangat terkenal dengan industri pakaian yang diperbuat daripada bulu kambing. Pakaian
yang dihasilkan akan dihasilkan dengan begitu teliti.
Tukang-tukang jahit akan menggunting dan menjahit kain mengikut corak yang
sepadan. Hasilnya pakaian yang telah siap jahit akan kelihatan seperti digunakan dalam
selembar kain yang tidak digunting. Malah corak di lengan kiri dan lengan kanan sanrat
seimbang dan sama rata. (Patricia L. Baker: 1995)
Pemakaian serban juga telah berubah mengikut zaman. Pada zaman Uthmaniyyah
serban mula dihiasi dengan permata yang agak menonjol. Malah serban sudah mula
dihiasi dengan barangan kemas seperi kerongsang yang bertatahkan batu-batu permata
seperti zamrud, delima dan pelbaga lagi jenis permata yang lain.
8
Pada zaman Uthmaniah mempunya citarasa yang tinggi dalam seni pemakaian
perhiasan. Masyarakat turut menghiaskan barangan seperti tali pinggang dengan batu
permata dan ukiran-ukiran yang sangat cantik.(Nasser D. Khalili: 2005)
Pada awal abad ke-16 dan 17 sudah terdapat ukiran berbentuk kuntuman bunga
pada medallion atau pingat. Malah tentera Uthmaniah atau Janissri turut dibekalkan
dengan azimat atau medallion. Mereka percaya bahawa azimat ini mampu untuk
melindungi meraka daripada malapetaka dan kesusahan. (Patricia L. Baker: 1995)
Pada akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18 terdapat sedikit perubahan dalam
hiasan medallion ini dan ianya ditambahi dengan hiasan batu permata. Bekas jam poket
yang dihiasi dengan batu permata dan disaluti dengan cat enamel agak popular pada
zaman Uthmaniyyah. (Nasser D. Khalili: 2005).
Pada akhir abad ke-15, topi berbentuk serban telah dibuat untuk tentera
Uthmaniah atau untuk pasaran Negara Parsi. Topi serban ini diperbuat daripada aloi dan
besi. Terdapat perubahan dari sudut pembuatan topi perang. Topi ini dilengkapi dengan
engsel yang dapat membuka penutup topi ini dengan mudah tanpa menanggalkannya.
(Nasser D. Khalili: 2005).
2.5 Zaman Safawiyyah
9
Kerajaan Safawiyyah merupakan antara kerajaan dinasti kecil yang pernah memerintah
wilayah Islam pada suatu masa dahulu. Kerajaan Safawiyyah mempunyai agenda
tersendiri dalam pentadbirannya.
Di samping itu Kerajaan Safawiyyah juga mempunyai sejarah seni pakaiannya
dan perhiasannya yang tersendiri. Seni Pakaian dan perhiasan zaman Safawiyyah
mempunyai sedikit persamaan dengan sejarah kesenian pemakaian dan perhiasan
Uthmaniyyah tetapi masih mempunyai perbezaan bagi menunjukkan identitinya yang
tersendiri.
Kaum Safawiyyah gemar memakai pakaian merah bagi menunjukkan kegagahan
dan keperkasaan seseorang. Selain itu turut meminati warna merah jambu, oren, peach,
lavender dan kelabu(Patricia L Baker 1995).
2.6 Zaman Fatimiyyah
10
Dinasri Fatimiyyah memiliki keindahan dan keunikan keseniannya yang tersendiri. Di
mana ia memiliki seni pakaian dan perhiasan yang tersendiri bagi melambangkan
kewujudan identity mereka dalam dunia islam.
Lelaki mahupun wanita Fatimiyyah gemar memakai jubah. Lelaki memakai
serban di kepala manakala wanita memakai tudung bagi menutup rambut mereka.
Kadang-kadang terdapat wanita yang memakai purdah bagi menyembunyikan wajah
mereka. Apabila memakai purdah maka hanya mata wanita itu sahaja yang
terdedah(Anon 2007).
Seperti zaman-zaman yang lain juga, Dinasti Fatimiyyah turut memiliki perhiasan
seperti cincin, gelang, rantai, subang, mahkota dan banyak lagi yang boleh kita ketahui
sepertimana zaman-zaman yang lain.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa kebanyakan barangan kemas Fatimiyyah
sebenarnya berasal dari Tunisia pada 1952. Pada kebiasaannya barangan kemas
Fatimiyyah dipperbuat daripada emas. Bentuk barang kemas Fatimiyyah kebiasaannya
menyerupai bentuk binatang seperti arnab dan burung.
Cucuk sanggul juga dipakai bagi wanita Fatimiyyah. Cincin dipakai oleh kaum
lelaki ataupun wanita. Terdapat berbagai jenis bentuk subang, cincin dan barangan
perhiasan lain di Zaman Fatimiyyah(Nasser D Khalili 2005).
2.7 India
11
India turut memiliki seni pemakaian dan perhiasan yang tersendiri. Pakaian yang terkenal
adalah saree. Patola saree merupakan contoh terbaik tenunan Gujerat pada abad 18.
Bersaiz 936cm x 120cm dan menggunakan bahan daripada kain sutera atau zari. Asalnya,
patola saree silk ini merupakan tradisi patan Gejerat sejak dahulu lagi di mana
pengembara menemui kewujudannya sejak abad 14 dan 15 lagi. Saree dipakai
menggunakan teknik ikatan yang tertentu.
Berkenaan perhiasan ataupun barang kemas zaman Mughal pula, Maharaja Akbar
amat berminat dengannya di mana baginda gemar barang kemas hasil gabungan kesenian
Iran dan India. Pada zaman kegemilangan Maharaja Jahangir dan Shahjahan, mereka
telah mengamalkan minat yang sama seperti Akhbar malah meletakkan nama mereka
pada batu permata yang berkualiti.
Barang kemas Mughal merupakan contoh kesenian enamel(lapisan cat yang
berkilat) yang terbaik. Perhiasan zaman ini dihiasi dengan enamel yang boleh didapati di
aksesori seperti subang, cincin hidung, rantai, alas lengan, gelang, cincin dan banyak lagi.
Zaman pemerintahan Aurangzeb merupakan zaman ortodoks muslim. Baginda melarang
penggunaan barang kemas daripada emas. Ini adalah kerana baginda menganggap
bahawa permata, delima, zamrud dan mutiara yang berkilau merupakan kegemaran dalam
pemerintahan baginda dan mesti disesuaikan dengan kod agama islam.
Rantai enamel asalnya dibawa oleh orang Eropah ke India ke Deccan. Ia
kebiasaannya dihiasi dengan bunga teratai beserta dua ekor burung. Armlet pula
digunakan bagi lelaki mahupun wanita bagi tujuan perhiasan. Kadang-kadang kaum
lelaki memakainya bagi tujuan menunjukkan kekuatannya. Bangles/sepasang gelang pula
merupakan perhiasan popolar di kalangan lelaki dan wanita zaman Mughal. Ia diperbuat
daripada emas, berlian atau enamel dan bersaiz Dia 5.4 cm dan beratnya
44.7+44.3=89gsm.
12
Ring/amulet/cincin ini pula digunakan bertujuan mempertahankan diri daripada
kuasa kekejaman kejahatan. Adakalanya ia di ukir dengan nama Allah, nabi saw ataupun
saidina Ali. Bracelet/gelang seakan jam pula dikenali sebagai pahunchi merupakan
cetusan idea Jahangir untuk Nurjahan.
Cincin yang terdapat pada zaman Mughal adalah seperti diperbuat daripada emas,
enamel, mutiara dan zamrud. Jhoomar ataupun perhiasan kepala pula pada kebiasaannya
diperbuat daripada emas, delima ataupun berlian. Sepasang subang/karnpul juga
merupakan perhiasan bagi wanita India.
Perhiasan yang lain pula adalah seperti gelang kaki lelaki dan wanita, rantai leher,
pendant, hansuli(di leher), hathful, chaukar(neck collar) dan seumpamanya.
Tentera Mughal pula mempunyai pakaiannya yang tersendiri. Contohnya adalah
seperti helmet(khud) yang digunakan di kepala bagi tujuan melindungi kepala. Ia
diperbuat daripada besi Damaskus. Helmet ini terdapat dalam berbagai bentuk seperti
kulah zirah.
Tentera Mughal turut memakai waistcoat armour/kabacha bagi melindungi tubuh
daripada serangan musuh. Ia diperbuat daripada besi dan corak emas. Mereka juga turut
memakai sepasang armguards/bazuband bagi melindungi tangan mereka daripada
serangan musuh(Veena Sikri 2002).
13
2.8 Alam Melayu
Alam melayu ataupun nusantara mempunyai seni pemakaian dan perhiasan yang
tersendiri. Kaum lelaki di alam melayu kebiasaannya memakai kain sarung. Kaum
wanita pula memakai kain kemban. Tetapi setelah kedatangan islam kain kemban hanya
digunakan untuk mandi sahaja. Kain kerudung atau selubung atau kain tudung digunakan
untuk menutup kepala daripada panas terik matahari bagi lelaki atau sebagai tudung bagi
wanita.
Kain selempang pula diletakkan di bahu. Kain samping pula digunakan beserta
baju melayu bagi kaum lelaki. Kain selendang pula dugunakan bagi wanita bagi
menambahkan lagi penampilan wanita tersebut (Zahir Turab Suterwala 2005).
Pakaian tradisional wanita melayu adalah baju kurung manakala lelaki adalah
baju melayu (Anon 2008).
Kain songket turut terkenal digunakan di Nusantara. Songket bermaksud
menyulam dengan benag emas atau perak. Di semenanjung Malaysia songket terkenal di
Kelantan dan Terengganu. Songket dikenali dengan banyak nama di tempat lain di mana
ia dikenali sebagai balapak basirek(Minangkabau), jong sarat(Brunei),
sawek(Palembang), dombak (Bangkahulu) dan ija pinggang (Aceh).
Kain batik turut terkenal di nusantara di mana ianya berasal dari Indonesia. Kain
batik boleh didapati dengan harga yang agak rendah di Kelantan dan Terengganu(bagi
semenanjung Malaysia). Terdapat kain batik yang dicetak dan dilukis akan coraknya.
Kaum lelaki turut memakai kain lilit kepala dan juga seluar panjang. Serban,
kopiah dan tudung digunakan oleh muslimin atau muslimat. Jubah turut terkenal
digunakan di nusantara di kalangan alim ulama terutamanya. Di Sumatera Barat terdapat
beg khas yang digunakn bagi upacara tertentu. Waist coat(baju tanpa lengan) turut
digunakan di Nusantara(Tomy Beamish 1981).
14
Kedatangan islam ke Asia Tenggara telah mendatangkan kesan terhadap seni
perhiasan di Asia Tenggara di mana corak dan stylenya telah berubah. Pedagang Melayu
yang berinteraksi dengan Hindhu dan Buddha telah mempengaruhi seni perhiasan di
Nusantara pada pertengahan abad ke 15. Barang kemas yang terkenal di Nusantara adalah
seperti kerongsang dan pending. Bagi acara tertentu perhiasan yang digunakan adalah
seperti cincin, medallion, dokoh dan beberapa lagi.
Pending adalah hiasan pengancing tali pinggang yang digunakan oleh bangsawan
dan diraja pada kebiasaannya. Ia dihiasi dengan renda logam dan juga permata. Di
tangah-tengahnya terdapat tulisan Allah. Medallion pula terkenal di kebanyakan Negara
islam di dunia. Tangkal tembaga ini dihiasi renda tembaga dan butir-butir permata. Di
tengahnya terdapat bintang enam bucu dan tulisan kalimah Allah. Medallion juga kadangkadang
ditulisi dengan kalimah Allah dan Muhammad. Terdapat medallion yang
mempunyai lubang di tengahnya bertujuan untuk diletakkan beserta tali pinggang.
Cucuk sanggul pula digunakan bagi wanita Nusantara sebagai perhiasan. Ia
dihiasi dengan renda logam beberapa butir batu. Cucuk sanggul dipakai di rambut dan
terdapat dalam berbagai corak, saiz dan bentuk. Ia juga boleh dijadikan sebagai senjata
tersembunyi bagi wanita. Subang emas juga merupakan aksesori yang digunakan oleh
wanita Nusantara. Dokoh ataupun rantai turut dijadikan perhiasan. Rantai tersebut
selalunya buahnya berbentuk daun sukun. Selain itu boleh didapati dalam bentuk tiga
segi.
Cincin emas pula menjadi perhiasan utama bagi wanita. Ia mempunyai sembilan
lekuk dan mempunyai ukiran yang tersendiri. Caping pula digunakan oleh kanak-kanak
lelaki dan perempuan sebagai seluar dalam bagi melindungi mereka daripada gangguan
mahluk halus. Gelang kaki dan tangan juga turut dijadikan perhiasan bagi wanita(Zahir
Turab Suterwala 2005).

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sample Text
Kategori
- Akuntansi Manajemen (13)
- Bank dan L Keuangan (18)
- Bisnis Internasional (11)
- Bisnis Syariah (15)
- Dasar Akuntansi (33)
- Ekonomi (18)
- Elektronik (4)
- Etika Bisnis (2)
- Filsafat Ilmu (1)
- Hukum (4)
- Humor (7)
- IE Mikro (12)
- Islam (141)
- Kata Bijak (1)
- Kesehatan (48)
- Komputer (71)
- Komunikasi Bisnis (25)
- Koperasi dan UKM (16)
- Makroekonomi (26)
- Manajemen Biaya (10)
- Manajemen Pemasaran (15)
- Manajemen SDM (28)
- Motivasi (2)
- news (1)
- Pendidikan Pancasila (12)
- Pengantar Bisnis (1)
- Pengantar Manajemen (8)
- Pengetahuan (189)
- Perekonomian Indonesia (12)
- Perpajakan (19)
- Renungan (5)
- Umum (3)
- Wiraswasta (14)
Social Profiles
Arsip Blog
-
▼
2011
(773)
-
▼
October
(311)
- Pengertian Istilah Dalam Komputer
- Pengertian Webserver
- LAPORAN KEUANGAN
- Persamaan Akuntansi
- Klasifikasi Rekening
- Pengertian Akuntansi
- PENGERTIAN NARKOBA
- Pengertian Cookies
- Pengertian Konstitusi
- Pengertian Masyarakat Madani
- PENGERTIAN SUPERVISI PENDIDIKAN
- Pengertian LSM
- Pengertian Signal To Ratio (SNR)
- Pengertian hukum tata Negara
- Pengertian Istilah BIOS, BOOTSTRAP, BOOTLOADER, da...
- Definisi/Pengertian Virus Komputer, Worm, Trojan, ...
- Pengertian MySQL
- Pengertian Power Supply Unit
- Pengertian Musik dari Berbagai Tokoh
- PENGERTIAN DAN TUJUAN MANAJEMEN BERBASIS SEKOLAH
- Pengertian Ulumul Qur’an
- Pengertian Statistik
- Pengertian Pendidikan Agama Islam menurut berbagai...
- PENGERTIAN KONSERVASI
- Pengertian Dan Hakikat Muhammadiyah_makalah abdi
- pengertian perintah dasar c++
- PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI BELAJAR
- PENGERTIAN ORGANISASI
- Pengertian Kecerdasan Emosional
- PENGERTIAN SUNNAH
- PERGESERAN PENGERTIAN "SUNNAH" KE "HADITS" I...
- Pengertian Dan Jenis Slot Memori
- Pengertian Etika
- PENGERTIAN MANAJEMEN STRATEGIK DAN RUANG LINGKUPNYA
- Pengertian Hukum (Elementer)
- Pengertian Manajemen
- PERUMUSAN DEMOKRASI PANCASILA
- SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI PANCASILA
- FUNGSI DEMOKRASI PANCASILA
- CIRI-CIRI DEMOKRASI PANCASILA
- PRINSIP POKOK DEMOKRASI PANCASILA
- DEMOKRASI PANCASILA
- PENGERTIAN DAN PENGENALAN INTERNET
- Pengertian Musik Nusantara
- Pengertian Dan Fungsi Motherboard
- Pengertian LAN,WAN,MAN
- Pengertian Disiplin
- Pengertian Semantik
- Pengertian Wakaf
- PENGERTIAN KONSELING MENURUT PARA AHLI
- PENGERTIAN DEFINISI DAN RUMUS BEP / TITIK IMPAS
- PENGERTIAN DAN PERKEMBANGAN TEORI PEMBELAJARAN
- Pengertian dan Fungsi ROM
- Pengertian Kurikulum Menurut Para Ahli
- PENGERTIAN BUDAYA POLITIK
- Pengertian OSIS (Organisasi Siswa Intra Sekolah)
- Tugas-tugas dalam Data mining
- Arsitektur Sistem Data mining
- PENGERTIAN DATA MINING DAN FUNGSI-FUNGSI DATA MINING
- PENGERTIAN DAN HAKEKAT PENDIDIKAN ISLAM
- Pengertian Internet dan Intranet
- Kelebihan Linux Ubuntu daripada yang lainnya
- keunggulan Linux
- Pengertian Linux
- PENGERTIAN TEKNOLOGI INFORMASI DAN SISTEM INFORMASI
- PENGERTIAN TEKNOLOGI INFORMASI
- SISTEM BIAYA STANDAR DAN PENENTUAN HARGA POKOK VAR...
- BIAYA BAHAN BAKU DAN BIAYA TENAGA KERJA
- METODE HARGA POKOK PROSES PENGANTAR
- DEPARTEMENTALISASI BIAYA OVERHEAD PABRIK
- METODE HARGA POKOK PESANAN
- BIAYA OVERHEAD PABRIK
- AKUNTANSI BIAYA DAN PENGERTIAN BIAYA
- Pengertian Kelompok Persepsi, Organisasi, Motivasi...
- PENGERTIAN WAHABI
- Pengertian Dan Fungsi Harddisk
- Pengertian Budi Pekerti
- Pengertian dan Bentuk Badan Usaha
- PENGERTIAN TASAWUF DAN TUJUAN TASAWUF
- Sejarah dan Keunggulan Teknologi CDMA
- Persamaan dan Perbedaan GSM dan CDMA
- Sastra Menurut Ahli Bedah Sastra, Budayawan dan Se...
- Sastra, Sesuatu yang Agung*
- Pengertian Pergaulan Bebas
- Pengertian Gerbang Logika
- PENGERTIAN BIMBINGAN DAN KONSELING MENURUT BEBERAP...
- Pengertian e - Government
- Pengertian Bandwith
- Pengertian Jaringan dalam sistem telekomunikasi
- Definisi Sosiologi Menurut Beberapa Ahli
- PENGERTIAN SOSIOLOGI MENURUT PARA AHLI
- UNSUR INTRINSIK DAN UNSUR EKSTRINSIK SASTRA
- SEJARAH PERKEMBANGAN SASTRA
- Macam - macam / jenis Sastra
- PENGERTIAN SASTRA
- pengertian metodologi penelitian
- makalah pengertian identifikasi masalah dan tujuan...
- Sejarah Islam Di Spanyol
- SEJARAH PERKEMBANGAN SENAM
- Sejarah Dunia Kuno / Masa Silam
-
▼
October
(311)
Pengikut
Guest Counter
Powered by Blogger.
Labels
- Akuntansi Manajemen (13)
- Bank dan L Keuangan (18)
- Bisnis Internasional (11)
- Bisnis Syariah (15)
- Dasar Akuntansi (33)
- Ekonomi (18)
- Elektronik (4)
- Etika Bisnis (2)
- Filsafat Ilmu (1)
- Hukum (4)
- Humor (7)
- IE Mikro (12)
- Islam (141)
- Kata Bijak (1)
- Kesehatan (48)
- Komputer (71)
- Komunikasi Bisnis (25)
- Koperasi dan UKM (16)
- Makroekonomi (26)
- Manajemen Biaya (10)
- Manajemen Pemasaran (15)
- Manajemen SDM (28)
- Motivasi (2)
- news (1)
- Pendidikan Pancasila (12)
- Pengantar Bisnis (1)
- Pengantar Manajemen (8)
- Pengetahuan (189)
- Perekonomian Indonesia (12)
- Perpajakan (19)
- Renungan (5)
- Umum (3)
- Wiraswasta (14)
Ads 468x60px
Popular Posts
-
FUNGSI MOTHERBOARD Pusat pengendali yang mengatur kerja dari semua komponenyang terpasang padanya. Mengatur pemberian daya listrik pada seti...
-
KHALIFAH ISLAM Sejarah KeKhalifahanIslam Rasulullah SAW telah memerintahkan kepada kaummuslimin agar mereka mengangkat seorang khalifah sete...
-
Paham Neoliberalisme(Mansour Fakih 2003) q Biarkan pasar bekerja tanpa distorsi (unregulated) market is the bestway to increase economic...
-
Teori Konsumsi Pengeluarankonsumsi terdiri dari konsumsi pemerintah (government consumption) dan konsumsirumah tangga (household consumption...
-
1. Arti Utilitarisme adalah faham atau aliran dalam filsafat moral yangmenekankan prinsip manfaat atau kegunaan ( theprinciple o...
-
Biaya (cost) dan beban (expense) adalah duahal yang berbeda karakteristiknya. Kos merupakan bahan olah dasar akuntansi (pengukuran yang dil...
-
Dari Wikipedia bahasa Indonesia,ensiklopedia bebas Wakaf ( Arab : وقف ,jamak: اوقاف , awqāf) adalah perbuatan yang dilakukan wakif (pihak y...
-
Romawi ialahperadaban dunia yang letaknya terpusat di kota Roma masa kini. Peradaban Romawidikembangkan Suku Latia yang menetap di lembah Su...
-
Saat kita mengakses Internet. kita akan berhubungan dengan yangnamanya cookies. Apa cookies itu dan bagaimana mengatasinya sehingga tidakmen...
-
Pengertian Targetbiaya atau target costing adalah metode penentuan biaya produksi dimanaperusahaan terlebih dahulu menentukan biaya produksi...
Blog Archive
-
▼
2011
(773)
-
▼
October
(311)
- Pengertian Istilah Dalam Komputer
- Pengertian Webserver
- LAPORAN KEUANGAN
- Persamaan Akuntansi
- Klasifikasi Rekening
- Pengertian Akuntansi
- PENGERTIAN NARKOBA
- Pengertian Cookies
- Pengertian Konstitusi
- Pengertian Masyarakat Madani
- PENGERTIAN SUPERVISI PENDIDIKAN
- Pengertian LSM
- Pengertian Signal To Ratio (SNR)
- Pengertian hukum tata Negara
- Pengertian Istilah BIOS, BOOTSTRAP, BOOTLOADER, da...
- Definisi/Pengertian Virus Komputer, Worm, Trojan, ...
- Pengertian MySQL
- Pengertian Power Supply Unit
- Pengertian Musik dari Berbagai Tokoh
- PENGERTIAN DAN TUJUAN MANAJEMEN BERBASIS SEKOLAH
- Pengertian Ulumul Qur’an
- Pengertian Statistik
- Pengertian Pendidikan Agama Islam menurut berbagai...
- PENGERTIAN KONSERVASI
- Pengertian Dan Hakikat Muhammadiyah_makalah abdi
- pengertian perintah dasar c++
- PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI BELAJAR
- PENGERTIAN ORGANISASI
- Pengertian Kecerdasan Emosional
- PENGERTIAN SUNNAH
- PERGESERAN PENGERTIAN "SUNNAH" KE "HADITS" I...
- Pengertian Dan Jenis Slot Memori
- Pengertian Etika
- PENGERTIAN MANAJEMEN STRATEGIK DAN RUANG LINGKUPNYA
- Pengertian Hukum (Elementer)
- Pengertian Manajemen
- PERUMUSAN DEMOKRASI PANCASILA
- SISTEM PEMERINTAHAN DEMOKRASI PANCASILA
- FUNGSI DEMOKRASI PANCASILA
- CIRI-CIRI DEMOKRASI PANCASILA
- PRINSIP POKOK DEMOKRASI PANCASILA
- DEMOKRASI PANCASILA
- PENGERTIAN DAN PENGENALAN INTERNET
- Pengertian Musik Nusantara
- Pengertian Dan Fungsi Motherboard
- Pengertian LAN,WAN,MAN
- Pengertian Disiplin
- Pengertian Semantik
- Pengertian Wakaf
- PENGERTIAN KONSELING MENURUT PARA AHLI
- PENGERTIAN DEFINISI DAN RUMUS BEP / TITIK IMPAS
- PENGERTIAN DAN PERKEMBANGAN TEORI PEMBELAJARAN
- Pengertian dan Fungsi ROM
- Pengertian Kurikulum Menurut Para Ahli
- PENGERTIAN BUDAYA POLITIK
- Pengertian OSIS (Organisasi Siswa Intra Sekolah)
- Tugas-tugas dalam Data mining
- Arsitektur Sistem Data mining
- PENGERTIAN DATA MINING DAN FUNGSI-FUNGSI DATA MINING
- PENGERTIAN DAN HAKEKAT PENDIDIKAN ISLAM
- Pengertian Internet dan Intranet
- Kelebihan Linux Ubuntu daripada yang lainnya
- keunggulan Linux
- Pengertian Linux
- PENGERTIAN TEKNOLOGI INFORMASI DAN SISTEM INFORMASI
- PENGERTIAN TEKNOLOGI INFORMASI
- SISTEM BIAYA STANDAR DAN PENENTUAN HARGA POKOK VAR...
- BIAYA BAHAN BAKU DAN BIAYA TENAGA KERJA
- METODE HARGA POKOK PROSES PENGANTAR
- DEPARTEMENTALISASI BIAYA OVERHEAD PABRIK
- METODE HARGA POKOK PESANAN
- BIAYA OVERHEAD PABRIK
- AKUNTANSI BIAYA DAN PENGERTIAN BIAYA
- Pengertian Kelompok Persepsi, Organisasi, Motivasi...
- PENGERTIAN WAHABI
- Pengertian Dan Fungsi Harddisk
- Pengertian Budi Pekerti
- Pengertian dan Bentuk Badan Usaha
- PENGERTIAN TASAWUF DAN TUJUAN TASAWUF
- Sejarah dan Keunggulan Teknologi CDMA
- Persamaan dan Perbedaan GSM dan CDMA
- Sastra Menurut Ahli Bedah Sastra, Budayawan dan Se...
- Sastra, Sesuatu yang Agung*
- Pengertian Pergaulan Bebas
- Pengertian Gerbang Logika
- PENGERTIAN BIMBINGAN DAN KONSELING MENURUT BEBERAP...
- Pengertian e - Government
- Pengertian Bandwith
- Pengertian Jaringan dalam sistem telekomunikasi
- Definisi Sosiologi Menurut Beberapa Ahli
- PENGERTIAN SOSIOLOGI MENURUT PARA AHLI
- UNSUR INTRINSIK DAN UNSUR EKSTRINSIK SASTRA
- SEJARAH PERKEMBANGAN SASTRA
- Macam - macam / jenis Sastra
- PENGERTIAN SASTRA
- pengertian metodologi penelitian
- makalah pengertian identifikasi masalah dan tujuan...
- Sejarah Islam Di Spanyol
- SEJARAH PERKEMBANGAN SENAM
- Sejarah Dunia Kuno / Masa Silam
-
▼
October
(311)
0 comments:
Post a Comment