Tuesday, October 4, 2011

PENERIMAAN WAHYU NABI MUHAMAD


Imam Bukhari telah meriwayatkan satu hadith daripada Saidatina ‘Aishah RadiyaLlahu ‘Anha tentang
bagaimana ditemukan wahyu yang pertama:
Daripada ‘Aisyah Ummil Mu’minin RadiyaLlahu ‘anha dikhabarkan bahawa ia telah berkata;
“Permulaan wahyu yang dimulakan kepada RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ialah mimpi
yang baik lagi benar di dalam tidur, maka tiadalah Junjungan bermimpi satu mimpi melainkan
datanglah mimpi itu seperti cahaya subuh. Kemudian disukakan (dikemukakan) kepadanya untuk
berkhalwat berasingan diri. Junjungan berkhalwat di Gua Hira’ lalu berta hannuth (beribadat) di
dalamnya, iaitu beribadat di dalarn masa beberapa malam.
Setelah itu baginda SailaLlahu ‘alaihi Wasallarn kembali kepada ahlinya dan berbekalan
untuk menyambung tahannuthnya; kemudian Junjungan kembali lagi kepada Khadijah dan
berbekalan sarna seumparna itu juga hingga datanglah
kepadanya kebenaran. Sewaktu Baginda di dalam Gua Hira’ maka datang kepadanya Malaikat,
lalu ia berkata: Iqra’! (Bacalah). Berkata Junjungan: Ma Ana biqari’ (Tiada aku pandai
membaca). Bercerita Junjungan:
“Kemudian Jibril mengambil (menarik) akan daku maka dipeluknya kuat-kuat hingga terasa

kepadaku kesungguhannya kemudian dilepaskan aku, lalu ia berkata: Iqra’! (Bacalah). Maka Aku
berkata: Ma Ana biqari’ (Tiada aku pandai membaca), kemudian diambilnya aku lalu dipeluknya
ketat-ketat kali yang kedua hingga terasa kepada aku kepayahan kemudian itu dilepaskan aku dan
dia berkata: Iqra’! (Bacalah), maka berkata aku: Ma Ana biqari’ (Tiada aku pandai membaca),
setelah itu rnengambil ia akan daku buat kali yang ketiganya lalu dipeluknya sungguh-sungguh
hingga terasa aku eratnya kemudian dilepaskannya aku, maka ia berkata:
Fiqh Al-Sirah 1
39
( اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ ( 1) خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ ( 2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَآْرَمُ ( 3
Bacalah dengan nama Tuhan engkau yang rnenjadikan, yang menjadikan manusia daripada
darah, bacalah derni Tuhan engkau yang mulia.
(Surah al—’Alaq 96:1, 2, 3)
Pulanglah Baginda dengan ayat-ayat itu dan hatinya gementar, lalu rnasuklah ia kepada
Khadijah binti Khuwaiid seraya berkata: (Selimutkanlah aku! selimutkanlah aku!) maka diselimutkan
akan dia hingga hilang daripadanya rasa ketakutan kemudian berkata ia kepada Khadijah setelah
rnenceritakan khabar itu: “Sesungguhnya aku takut (ke atas diriku) lalu Khadijah pun berkata
kepadanya “Tidak sekali! demi Allah, tiada dihinakan engkau selamanya kerana engkau sebenarnya
mempunyai rahim (kasih sayang), dan engkau mernikul bebanan dan engkau berusaha terhadap orang
yang tiada (orang susah) dan engkau menjamu tetamu dan engkau menolong atas menolak baja.”
Kemudian pergilah Khadijah bersamanya menemui Waraqah bin Naufal Ibnu Asad bin ‘Abdul ‘Uzza
iaitu anak bapa saudara Khadijah, Waraqah itu adalah seorang yang beragarna Nasrani di dalam
zarnan jahiiyyah dan pandai menulis kitab ‘Ibrani. Maka disalinnya daripada kitab daripada kitab Injil
itu dengan bahasa ‘Ibram apa yang dikehendaki Allah bahawa ia menulis dan adalah ia seorang yang
telah berusia tua dan buta maka Khadijah pun berkata kepadanya “Ya anak bapa saudara! Cuba
dengarkan kepada anak saudara engkau ini”; kemudian bertanya kepadanya Waraqah: “Wahai anak
saudara ku! Apakah dia yang engkau lihat itu?” Lalu RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallarn
menceritakan apa yang (dialami dan) dilihatnya. Setelah itu Waraqah pun berkata kepadanya “Inilah
Jibril yang pernah diturunkan Allah ke atas Nabi Musa. Sekiranya aku rnasih muda remaja dan aku
masih pula hidup ketika dikeluarkan (diusir) engkau oleh kaum engkau... “Segera bertanya RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam: (Apakah mereka hendak rnengeluarkan aku?) Jawabnya: (Ya! kerana tidak
pemah datang seorang pun yang mernbawa (risalah) Seumparna yang engkau bawa itu melainkan ia
akan dimusuhi dan sekiranya aku dapatilah hari engkau itu tentulah aku akan menolong engkau dengan
pertolongan yang sungguh sungguh), kemudian tidak berapa lama sesudah itu Waraqah pun meninggal
dunia dan wahyu pun berhentilah.
Para ‘ulama’ telah berselisih pendapat tentang masa waktu dibekukan atau diberhentikan
sementara waktu. Ada yang mengatakan tiga tahun, ada yang mengatakan kurang dan itu dan yang paling
hampir sepertimana yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi iaitu enam bulan.
Berkata Ibnu Syihab: Dan telah dikhabarkan kepada aku oleh Abu Salamah bin ‘Abdul Rahman
bahawajabir Ibnu ‘Abdullah Al Ansari telah berkata semasa bercerita tentang terputusnya wahyu:
seterusnya junjungan bersabda di dalam percakapannya itu”:
“Sedang aku masih berjalan-jalan, tiba-tiba kedengaran oleh ku suara daripada langit, lalu aku
angkatkan pandanganku, sekoyong-koyongnya Malaikat yang datang kepada aku di Gua Hira’ itu
sedang duduk di atas kerusi yang terletak di antara langit dan bumi menyebabkan aku pun terperanjat
melihatnya lalu aku pun balik, maka aku katakan: ‘(Selimutkanlah aku, selimutkanlah aku!) maka
diturunkan Allah ‘Azzawajaila. Erti nya: “Wahai orang yang berselimut! bangunlah, maka berikanlah
peringatan, dan Tuhan engkau hendaklah engkau agungkan dan pakaian engkau bersihkanlah dan
perbuatan dosa tinggalkanlah.”
(Surah Al-Muddaththir: Ayat 1 — 5)
Dengan itu wahyu pun mula diturunkan dan ia datang secara berturut-turut.
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
Hadith permulaan penurunan wahyu ini merupakan masa utama yang memberi implikasi terhadap seluruh
hakikat dan de facto ‘aqidah dan Syari’ah Islamiyyah, memahami serta mempercayai dengan penuh
yakin. Ia merupakan titik permulaan dan pengenalan yang semestinya ke arah mempercayai segala apa
yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam seperti perkhabaran ghaib dan
suruhan syari’at lantaran hakikat wahyu itu adalah jenis yang tunggal yang memisahkan di antara
manusia yang berfikir merangkakan undang undang itu dengan otak pemikiran yang bersifat serba
Fiqh Al-Sirah 1
40
kemanusiaan dengan manusia yang menyampaikan segala sesuatu yang telah diturunkan oleh Tuhannya
tanpa menukar, menokok tambah dan sebagainya.
Oleh yang demikian seteru-seteru Islam yang professional menimbulkan persoalan-persoalan
tentang wahyu yang diturunkan dan melipat-gandakan segala tenaga pemikiran mereka demi untuk
memutar-belitkan atau mengelirukan Ummat Islam agar syak-wasangka di antara kebenaran, wahyu dan
ilham, serta inspirasi biasa kerana mereka meyakini bahawa objek hakikat wahyu itu merupakan sumber
kepercayaan dan keyakinan orang Islam terhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SallaLlahu
‘alaihi Wasallam dan Allah Subhanahu Wata’ala. Kalaulah mereka dapat mempesonakan dan
menyuntikkan jarum hasad dengki mereka dengan syak-wasangka kepada hakikat wahyu tadi maka tidak
syak lagi mereka dengan mudahnya dapat menjadikan orang Islam itu mengingkari sebahagian daripada
kepercayaan dan hukum. Begitu juga mereka dapat memasukan racun-racun yang begitu bisa yang pernah
dicanangkan iaitu segala Syari’at prinsip kepercayaan Islam adalah ciptaan dan rekaan Nabi Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasailam sendiri.
Untuk mencapai matlamat mereka yang tersebut tadi maka puak penyerang idealogi mi akan
berusaha gigih dengan menterjemahkan dan menganalisa wahyu itu mengikut kehendak hati mereka
sendiri dan cuba memisahkan atau mendustakan akan hakikat kebenaran wahyu itu. Di antara mereka
pula ada yang cuba memberi tafsiran mengikut nilaian khayalan dan lamunan mereka masing-masing.
Ada juga yang menuduh RasuluLlah itu cuba memerah segala tenaga fikirannya terjalin ke dalam jiwa
dan pandangan batinnya suatu anutan dan pegangan yang dipandang logik dalam penyembahan berhala.
Puak yang lain pula menuduh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah mempelajari Al—
Qur’an dan prinsip ajaran Islam daripada paderi Buhaira dan ada pula yang menuduh, RasuluLlah itu
seorang yang terganggu urat sarafnya atau telah diserang penyakit jiwa. Andaikata kita memerhatikan
kepada tuduhan-tuduhan dan tafsiran-tafsiran yang melulu ini maka ternampaklah kepada kita bahawa
manusia tersebut tidak boleh menerima segala—galanya malah segala—galanya itu sebagai helah mereka
untuk menjauhkan diri Umat Islam daripada mengakui kebenaran Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam sebagai Nabi. Segala-galanya dapat diperhatikan dengan terang dan jelas segala kebenarannya
semasa pendedahan hadith mengenai penurunan wahyu.
— Kenapakah RasuluLlah dapat melihat Jibrail dengan niata kepalanya sendiri? Tidakkah boleh
disampaikan wahyu itu di sebalik tabir sahaja?
— Kenapakah Tuhan meresapkan perasaan takut dan kagum di dalam hati RasuluLlah ketika menerima
dan membaca wahyu?
— Tidakkah sewajarnya diresapkan perasaan tenang dan tenteram ketika itu kerana ini merupakan tanda
sayangnya Tuhan terhadap RasulNya.
— Sehingga baginda tidak gentar dan merasa takut kerana apabila RasuluLlah berasa saksi yang
mendatanginya di Gua Hira’ dulu adalah jin dan langsung baginda tidak menyangkakannya sebagai
malaikat utusan daripada Allah Subhanahu Wata’ala.
— Kenapakah wahyu telah terputus penurunannya buar beberapa ketika? Peristiwa im telah
menyebabkan RasuluLlah merana dan keluh kesah yang amat sangat, malah RasuluLlah pergi mendaki ke
kemuncak bukit untuk menunjukkan dirinya seperti mana yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari.
Ini adalah beberapa pertanyaan yang biasa sahaja mengenai rupa bentuk wahyu yang pertama kali
diturunkan. Bagi orang yang berfikir untuk mendapatkanjawapan ini ia akan bersua dengan beberapa
rahsia dan hikmah-hikmah yang terang lagi nyata, iaitu orang—orang yang berfikiran bebas akan bertemu
dengan hakikat yang paling nyata tanpa dipersonakan oleh racun dan ganja.
Penyerang-penyerang dan golongan orientalis yang profesional yang mendakyahkan bahawa
wahyu ini adalah hasil renungan dan fikiran Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di cetuskan dan
lubuk hatinya sendiri.
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam diperanjatkan di Gua Hira’ dengan ketibaan Jbrail
‘Alaihissalam dengan mata kepalanya yang telah menyeru kepadanya, “Bacalah oleh mu.” ini ialah
supaya ternyata bahawa pintu sinar wahyu itu bukanlah suatu perkara dan dalam jiwa atau jeritan batin,
Fiqh Al-Sirah 1
41
tetapi yang sebenarnya ialah menerima suatu hakikat dari suara yang tidak ada kena mengena dengan
dorongan jiwa dalam. Jibrail ‘Alai hissalam telah memeluk baginda seerat—eratnya sebanyak tiga kali
dan membebaskan dan pelukan itu sebanyak tiga kali, dan telah menyerui baginda, “Bacalah olehmu”
sebanyak tiga kali juga merupakan penegasan dan gambaran hidup tentang wahyu yang datang dari luar
bukanlah rekaan khayalan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah serba ketakutan dengan apa yang telah didengar
dan dilihat, dengan serta—merta beliau telah berhenti dan pertapaan di gua itu dan bergegas pulang ke
rumah dengan hati yang berdebar-debar, kesemuanya ini supaya ternampak kepada tiap-tiap yang berfikir
bahawa Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tidaklah mengharap-harapkan hendak menjadi
pembawa Risalah yang akan disebarkan ke seluruh alam sejagat. Dan bukan pula wahyu itu untuk
memberes atau menyempurnakan apa yang telah dirangka dan difikirkan di otak kepalanya. Tidak! Malah
kedatangan wahyu itu kedatangan yang mendadak dengan tidak disangka-sangka mempengaruhi
kehidupannya. Perkara ini tidak syak lagi sungguh berbeza dengan mereka-mereka yang telah berlatih
merenung dan berfikir dengan jalan renungan hingga terbentuk suatu dogma kepercayaan untuk di seru ke
arahnya nanti.
Soal ilham, inspirasi atau jeritan batin jiwa atau renungan ke alam atas tidak akan diserang
perasaan takut, kagum dan pucat badan. Tegasnya tidak ada titik pertemuan atau hubungan di antara
renungan mencari ilham dan diserempak dengan perasaan takut yang berturut—turutan.
Anda sendiri pun lebih mengetahui bahawa perasaan takut, gerun dan menggeletar seluruh
anggota badan disertai dengan pucat warna tubuh badan adalah perasaan-perasaan yang tidak boleh
dibuat-buat atau dipura-purakan? Kalau hendak diandaikan bahawa Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam telah cuba sedemikian maka ini suatu andaian (hypothesis) yang mustahil di mana perangainya
telah begitu berubah corak dan satu keadaan kepada suatu keadaan yang terlalu berbeza dan berlainan
sangat selepas pengutusan.
Kegemaran Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas bila
baginda menyangka yang mendatanginya di gua itu yang memeluk dan menyuruh baginda membaca
adalah sejenis jin. Ini dapat dikesan dan apa yang diceritakan kepada Khadijah Radhiyállahu ‘anha.
Katanya; “Aku takut ke atas diriku” tegasnya dari jin tetapi Khadijah telah menenangi Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan memberi penawar bahawa ini bukanlah rasukan jin syaitan kerana
baginda berakhlak mulia dan berperibadi tinggi.
Memang mudah bagi Allah menenangkan dan mencekalkan jiwa Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam bahawa yang mendatanginya itu tidak lain dan Jibrail salah seorang dan malaikat suruhan
Allah yang membawa perkhabaran wahyu dan berita-berita Ilahi tentang pengutusan Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sebagai Rasul untuk manusia sejagat tetapi hikmat Ilahi yang nyata mahu
mendedahkan pertentangan dua peribadi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang paling nyata
perbezaannya; laitu Muhammad sebagai manusia biasa sebelum pengutusan dan Muhammad sebagai
Nabi dan Rasul selepas pengutusan dan untuk menerangkan lebih lanjut lagi bahawa prinsip ‘aqidah
Islamiyyah atau perundangan Islam belum pernah dicanai di otak kepala RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam dan belum pernah tergambar di kepalanya mengenai da’wah itu.
Suatu kehendak Ilahi yang telah mengilhamkan Khadijah agar membawa Muhammad SallaLlahu
‘alaihi Wasallam untuk menemui Waraqah bin Naufal dan membentangkan perkara ini kepada beliau. mi
merupakan suatu sudut yang lain ke arah memperkuatkan lagi bahawa apa yang memeranjatkan
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam semasa di gua sana tidak lain dan wahyu dan Allah yang pernah
disampaikan kepada para Anbiya’ lain yang terdahulu dan untuk menyingkap perasaan dan kesangsian
yang menakutkan, yang menyelubungi jiwa Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. (yang kelak akan
membawa kepada pentafsiran dan penganalisaan)
Mengenai pemberhentian sementara penurunan wahyu, kemudian disambung semula selepas
enam bulan atau lebih itu mengandungi mu’jizat Ilahi yang mendalam. Tanya merupakan suatu tempelak
kepada penyerang-penyerang ‘aqidah (Islam) yang profesional yang telah cuba menganalisakan wahyu
Fiqh Al-Sirah 1
42
yang diterima oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu dengan mengatakan ianya silauan
ma’rifat diri hasil dan menungan dan renungan yang panjang yang bersumber dan dalam jiwa.
Sebagai rahsia dan hikmat ilahi malaikatJibrail yang ditemui oleh baginda di Gua Hira’ dahulu
telah menghilangkan diri buat beberapa ketika. Lantaran itu RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
diselubungi oleh perasaan was-was kemudian bentukar pula menjadi takut dan bimbangkan Tuhan telah
melucutkan pemberian dan kumiaan wahyu serta pengutusan kerana suatu kesilapan yang telah dilakukan
oleh baginda sehingga terasa oleh baginda bahawa dunia ini sempit baginya. Penasaan dalam dirinya
sering membisii kepadanya ketika baginda menerimanya hingga disuatu ketika yang lain baginda telah
melihat sekali lagi malaikat Jibrail ini yang bentuk-rupanya telah memenuhi ruangan di antara langit dan
bumi serta melaungkan dengan katanya “Hai Muhammad engkaulah utusan kepada manusia”.
Perasaan takut dan gerun sekai lagi menguasai seluruh diri Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam. Dengan keadaan sedemikian baginda terus kembali ke rumahnya di mana Tuhan telah
menurunkan ayat-ayat Al-Qur’an yang lain pula yang berbunyi:
( يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ ( 1) قُمْ فَأَنذِرْ ( 2
Yang bermaksud:
“Wahai orang yang berselimut (Muhammad) bangunlah untuk menyampaikan perkhabaran yang
menakutkan.”
(Surah Al-Muddaththjr 74:1 — 2)
Dengan keadaan dan suasana yang dilalui oleh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasailam itu orang
yang berfikir dan berpendapat bahawa wahyu itu sama dengan inspirasi dalam jiwa manusia lain adalah
dianggap pendapat yang gila kerana dengan berfikir secara ringkas pun kita mendapati bahawa pancaran
inspirasi dan dalam tidak perlu menempuhi segala keadaan dan suasana itu.
Hadith mengenai penurunan wahyu ini merupakan satu—satunya senjata untuk mempertahankan
malah untuk merobohkan segala cemuhan dan serangan yang dibuat oleh seteru—seteru Islam terhadap
penurunan wahyu dan terhadap keNabian yang dikurniakan kepada Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam. Dari sini maka dapatlah kita fahami sejauh manakah dan betapa agungnya hikmat ilahi yang
terkandung di dalam penerunan wahyu itu tadi. Boleh jadi seteru Islam akan kembali bertanya kalaulah
wahyu itu diturunkan kepada Muhammad SallaLLahu ‘alaihi Wasallam dengan perantaraan Jibrail
‘Alaihissalam kenapa pula para-para sahabat yang lain tidak melihat?
Sebagai jawapannya kita boleh mengatakan bahawa tanda wujud dan adanya sesuatu itu tidak
semestinya dapat dilihat oleh mata kasar manusia kerana tenaga dan penglihatan manusia itu terbatas.
Apakah suatu benda yang telah pergi jauh dan pandangan manusia dan tidak dapat dilihatnya bererti
zatnya sudah tidak ada lagi?
Memang mudah bagi Tuhan memberikan sesuatu tenaga penglihatan yang luar biasa kepada
seseorang itu hingga dapat melihat segala apa yang tidak terlihat oleh, manusia lain.
Di dalam soal ini Malik bin Nabi menegaskan buta warna itu telah memberi suatu contoh kepada
kita untuk menunjukkan bahawa ada di antara beberapa warna yang tidak dapat dilihat oleh mata sipesakit
buta warna. Dan di sana terdapat beberapa silauan cahaya infra merah (infra red ray) dan cahaya altera
ungu (ultra voilet ray) kedua—duanya ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia, tetapi kenyataan
ilmiah rnenegaskan bahawa bukan semua mata yang tidak dapat melihat malah ada manusia yang
matanya kurang atau tenlalu sensitif melihat cahaya itu.
Sebagai kenyataan waqi’i menunjukkan kebenaran wahyu ialah penurunannya yang berturut-turut
bukannya suatu petanda penyakit jiwa yang dialami oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam seperti
mana yang pernah dianalisa oleh seteru seteru Islam. Di sini kita cuba membuat kesimpulan tentang
bukti-buktinya ini:
Fiqh Al-Sirah 1
43
i. Terdapat perbezaan di antara Al—Qur’an dan Al Hadith al-Sharif. Nabi SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam telah menyuruh dan meminta para sàhabatNya supaya menulis Al-Qur’an selepas
diturunkan. Sebaliknya Al-Hadith memadai dengan hafalan mereka, kerana A1-Qur’an merupakan
kalam Allah yang diwahyukan dengan makna dan perkataannya sekali, sedangkan Al-Hadith pula
maknanya dan Tuhan dan perkataannya dan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Ini
dilakukan supaya Nas dan teks Al-Qur’an tidak bercampur aduk dengan nas Al Hadith.
ii. Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tidak menjawab semua pertanyaan yang
dikemukakan oleh para sahabatNya dengan serta merta dan mungkin berlalu beberapa ketika yang
agak panjang tidak diberi jawapan Se hingga turunnya ayat Al-Qur’an di mana baginda
menjemput si penyoal tadi, kemudian dibacakan ayat-ayat Al Qur’an yang baru diturunkan.
Kadang kala RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam bertindak dengan sendirinya terhadap
sesuatu perkara yang tertentu. Kemudian diturunkan ayat yang tertentu menerangkan lagi sesuatu
hal yang lain yang lebih wajar dan kadang kala pula mengandungi teguran.
iii. Seperti diketahui Rasulullah ‘alaihi Wasallam adalah seorang yang buta huruf dan tidak
mungkin manusia itu dapat mengetahui peristiwa dan faktur sejarah dengan jalan “medition
(retrocognition) perantaraan (clair yoyance)” seperti cerita Nabi Yusof ‘Alaihissalam…..peristiwa
menghanyutkan Nabi Musa ‘Alaihissalam di dalam sungai..., dan cerita mengenai Fir’aun yang
kesemuanya itu membuktikan bahawa RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam buta huruf.
Lantaran itu Allah Subhanahu Wata’ ala berfirman:
( وَمَا آُنتَ تَتْلُو مِن قَبْلِهِ مِن آِتَابٍ وَلَا تَخُطُّهُ بِيَمِينِكَ إِذًا لَّارْتَابَ الْمُبْطِلُونَ ( 48
Yang bermaksud:
“Dan tidak engkau membaca terdahulu daripadanya sebarang kitab dan tidak pemah pun engkau
menulis dengan tangan kanan engkau. Kalau tidak sedemikian sudah tentu memberi syak kepada
penentang-penentang”.
(Surah Al-Ankabut 29:48)
Sesungguhnya RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam terkenal di kalangan kaumnya sebagai
seorang yang amanáh selama empat puluh tahun. Lebih-lebih lagi dengan diri sendiri baginda lebih teliti
sewaktu menerima wahyu dan mengkaji secara mendalam agar tidak langsung berbau syak wasangka.
Yang bermaksud:
فَإِن آُنتَ فِي شَكٍّ مِّمَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ فَاسْأَلِ الَّذِينَ يَقْرَؤُونَ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكَ لَقَدْ جَاءكَ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلاَ تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
(94)
“Maka jika kamu (Muhammad) berada dalam keragu-raguan tentang apa yang kami turunkan
kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca Al-Kitab sebelum kamu.
Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dan TuhanMu sebab itu janganlah sekali-kali
kamu termasuk orang-orang yang ragu ragu.”
(Surah Yunus 10:94)
Seolah-olah ayat ini merupakan jawapan kepada penelitian dan kajian RasuluLlah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam terhadap wahyu dan diriwayatkan bahawa RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
telah menegaskan selepas penurunan ayat ini dengan katanya, “Aku tidak syak dan waham lagi dan aku
tidak akan bertanya-tanya lagi.”

0 comments:

Post a Comment

Sample Text

Social Profiles

Arsip Blog

Pengikut

Guest Counter

Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Popular Posts

Blog Archive

About

Featured Posts Coolbthemes