Tuesday, October 4, 2011

NABI MUHAMAD BERKHULWAH DI GUA HIRA’


Bila usia Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mencapai empat puluh tahun, Baginda
begitu gemar mengasingkan diri untuk beribadat dan berkhulwah di Gua Hira’. Selalunya ‘amalan ini
memakan masa beberapa hari dan malam dan kadang-kadang melewati satu bulan. Beginilah keadaan
Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang berulang alik di antara rumah baginda dan Gua Hira’
sehinggalah datangnya wahyu yang pertama.
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
Sesungguhnya kegemaran Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mengasingkan diri dan beruzlah
di Gua Hira’ sebelum pengutusan baginda sebagai seorang Rasul, mengandungi makna yang sangat
mendalam dan memberi implikasi yang begitu penting kepada seluruh penghidupan umat Islam dan
agama Islam khususnya.
Amalan ini membuktikan bahawa setiap Muslim itu, tidak akan sempurna sifat keislamannya,
walaupun ia berkeperibadian atau berakhlaq yang tinggi serta peribadatan yang tidak putus-putus
terhadap Allah tanpa ia cuba mengasingkan dirinya untuk menilai dan mencari ketenangan jiwa dan
segala sesuatu yang membolehkan ia sampai kepada hakikat keagungan ILAHI.
Semuanya ini merupakan jalan bagi setiap muslim yang mahu menempatkan dirinya sebagai
seorang muslim sejati terutamanya kepada mereka yang mahu menjadi penda’wah ke jalan Allah dan
pembimbing ke jalan yang benar.

Sebagai hikmat Ilahi di sini tergambar sesungguhnya diri manusia itu senantiasa diselaputi oleh
pelbagai penyakit yang tidak akan dapat diubati kecuali dengan jalan mengasingkan diri
memperhitungkan dan menghisab diri sendiri di ketika dan di tempat-tempat yang sunyi, jauh dan
suasana dunia yang sombong, bongkak, hasad-dengki, bermegah-megah dan sukakan keduniaan.
Segalanya ini merupakan penyakit-penyakit yang mencengkam jiwa manusia dan menguasai hati
sanubarinya, yang memainkan peranan yang sangat kotor demi merubah jiwa batin manusia, walaupun
amalan saleh dan ‘ibadat yang banyak.
Inilah penyakit dan wabak yang mencengkam manusia tadi dan ia tidak mudah dibasmikan
kecuali dengan beruzlah dan mengasingkan diri dengan bertaqarrab dengan Allah Rabbul-Jahil dan masa
ke semasa untuk mendapat taufiq hidayah dan inayah Allah. Kemudian mengalihkan pandangan ke arah
manusia yang mencari titik- kelemahannya di hadapan Allah Subhanahu Wata’ala pencipta ‘alam sejagat
seterusnya bertafakkur dan merenung terhadap bukti kekuasaan Ilahi, Hari Akhirat dan mereka yang
menginsafi tentang kewujudan Hari Akhirat, rahmat dan balasannya. Ketika kita bertafakkur dan
merenung berulang-kali maka penyakit-penyakit tadi akan sembuh dan hilang sedikit demi sedikit dan
tempatnya akan digantikan dengan cahaya dan ketenangan yang abadi. Dengan itu tidak ada sesuatu apa
pun lagi yang akan mempengaruhi ke hidupan manusia itu.
Suatu perkara lagi yang perlu disebut yang tidak kurang pentingnya di dalam penghidupan
manusia umumnya dan para penda’wah khasnya ialah menanamkan bibit-bibit cintakan Allah Subhanahu
Wata’ala di dalam hati sanubari di mana ia merupakan sumber pengorbanan, perjuangan dan asas utama
kepada da’wah yang memarak. Perasaan cintakan Allah ‘Azzawajalla tidak tercetus melalui kepercayaan
kepada yang rasional lantaran perkara yang rasional itu belum pemah lagi memberikan kesan kepada hati
dan perasaan. Sebab kalaulah sedemikian maka para orientalis merupakan barisan yang pertama beriman
kepada Allah dan RasulNya dan hati nurani adaiah hati yang begitu cekal mencintai Allah Subhanahu
Wata’ala dan Rasuinya. Dan kita tidak pernah dengar langsung bahawa seseorang ‘alim bijak pandai telah
Fiqh Al-Sirah 1
35
mengorbankan jiwanya kerana beriman dengan sesuatu teori—teori matematik yang dicipta manusia atau
teori—teori aljibra.
Bahawasanya tidak ada jalan lain untuk cintakan Allah melainkan dengan cara merenung dan
bertafakkur dengan segala ni’mat pemberiannya, merenung keagungannya dan kebesarannya. Kemudian
membanyakkan bacaan—bacaan zikir dengan perantaraan hati dan lidah. Sungguhnya kesemuanya ini
tidak akan dapat dilaksanakan. Melainkan apabila seseorang muslim itu melaksanakan apa yang
disebutkan tadi dengan sempurnanya. Dengan melaksanakan amalan yang disebutkan Allah akan
memutikkan bibit-bibit kecintaan yang berkilau terhadap Allah yang membawa ianya memandang kecil
segalanya; tidak menghiraukan sebarang godaan; tidak memperdulikan sebarang ‘azab sengsara yang
mungkin dihadapinya malah ia mampu mengatasi segala-galanya ini dengan mudah dan senang. lnilah
senjata yang paling tajam untuk mereka yang akan melaksanakan tugas da’wah dan demikianlah senjata
yang telah diperlengkapkan di dalam jiwa Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam untuk baginda
melaksanakan da’wahnya.
Bahawa sesungguhnya segala perasaan yang berjaring-jaring di dalam hati manusia dan takut,
berani, cinta suka—duka dan sebagainya akan menjalankan tugas yang mungkin dapat dilaksanakan oleh
daya fikiran biasa manusia. Memang tepat sekali apa yang ditegaskan oleh Imam Al-Sathibi Rahmatullah
‘alaihi di dalam kitabnya Al-Mumabikhat yang menerangkan lebih lanjut dan membuat perbandingan di
antara dua golongan; satunya muslimin awam di dalam melakukan segala takallif su ruhan Tuhannya
kerana kelslamannya dan keduanya golongan muslimin yang tertentu di dalam melakukan takallif
suruhan Tuhannya kerana suatu desakan yang lebih dan dengan kefahaman.
Katanya: Golongan yang pertama ini melaksanakan tugasnya kerana kelslaman dan keimanannya
tanpa lebih dan itu, tetapi golongan yang kedua, melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan suatu
tenaga desakan yang berlainan, iaitu desakan takut, harap dan cinta. Ketakutan adalah cemeti kepada
gembala, harapan adalah parasakti kepada penganjur, kasih sayang adalah arusan kepada pelayar. Si
penakut ketika melakukan pekerjaan yang berat dan susah, tidak menghiraukan kesusahan dan kepayahan
dan seterusnya membawa ia bersabar terhadap sebarang dugaan dan pancaroba. Manusia, yang berharapharap
tidak akan menghiraukan susah payah dan harapannya itu membawa ia meneroka segala kepahitan
dan menanggung segala kepayahan. Sipencinta pula melipat-gandakan segala usaha dan tenaganya dan
mengorbankan segala apa yang terdapat demi untuk sampai kepada orang yang dicintainya.
Membakar segala tenaga itupun masih terfikirkan olehnya, bahawa ia belum lagi
menyempurnakanjanji-janjinya dan budinya kepada yang dicintainya.
Orang Islam seluruhnya telah bersependapat mengatakan bahawa menggunakan pelbagai
kemudahan demi untuk mencapai dan menyalurkan tujuan ini ke dalam hati adalah suatu yang mesti dan
wajib itu dikenal sebagai tasawwufatau dengan kebaikan (aI-Ihsan) atau dengan ilmu pekerti (ilmu al.-
Suluk) sebagaimana yang telah diertikan oleh Ibn Taimiyyah (R.a).

0 comments:

Post a Comment

Sample Text

Social Profiles

Arsip Blog

Pengikut

Guest Counter

Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Popular Posts

Blog Archive

About

Featured Posts Coolbthemes