Tuesday, October 4, 2011

PERNIAGAAN DENGAN HARTA KHADIJAH DAN PERKAH’WINAN BAGINDA NABI MUHAMAD


Mengikut apa yang diceritakan oleh Ibnu Athir dan Ibnu Hisyam bahawa Khadijah RadiyaLlahu
‘anha adalah seorang saudagar yang masyhur serta terkenal dengan kemuliaan budi dan kekayaan harta.
Sebilangan besar dari orang ‘Arab di masa itu meminjam sebahagian daripada hartanya itu sebagai modal
perniagaan mereka.
Bila mana Khadijah mendengar berita perihal peribadi Nabi Muhammad yang mulia dan akhlaq
yang terpuji itu ia terus mempelawakan kepada Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam supaya
menjalankan usaha perniagaan dengan hartanya dan sanggup memberi keuntungan yang lebih dari yang
pernah diberikannya kepada orang lain. Untuk mengiringi baginda dalam usaha perniagaan nanti baginda
akan dibantu oleh seorang budak suruhan Khadijah yang bernama “Maisarah”. Tawaran itu telah diterima
baik oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan penuh kerelaan hati. Baginda terus belayar ke
negeri Syam untuk menjalankan urusan peniagaan bersama “Maisarah” budak suruhan Khadijah. Dalam
perniagaan ini baginda telah mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Bila baginda kembali bertemu
Khadijah dengan keuntungamiya tadi, baginda terus menyerahkan kepada Khadijah apa yang perlu dan
patut diserahkan dengan penuh amanah. Semasa di negeri Syam “Maisarah” telah melihat dengan mata



kepalanya sendiri dan tertawan dengan budi pekerti baginda yang mulia dan segala—galanya ini terus
diceritakan kepada Khadijah. Khadijah sungguh tertawan dengan keamanahan dan budi pekertinya yang
tinggi dan yang lebih menghairankan lagi ialah kelabaan yang berlebihan yang diperolehinya dengan
berkat baginda.
Dengan perantaraan Nafisah binti Manbah, Khadijah telah menawarkan dirinya kepada Nabi
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam untuk menjadi teman hidupnya yang halal. Tawarannya tadi
telah disambut baik oleh Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan dengan tidak membuang masa,
baginda terus menyatakan hasrat hatinya yang mulia itu kepada bapa-bapa saudaranya dan mereka pun
terus melamar Khadijah melalui bapa saudaranya ‘Amru bin Asad. Perkahwinan pun dilangsungkan
dengan selamatnya. Di kala itu RasuluLlah berusia genap dua puluh lima tahun sedang Khadijah telah
berusia empat puluh tahun.
PENGAJAR DAN RENUNGAN
Perniagaan Nabi Muhammad dengan harta Khadijah tadi merupakan sambungan dan siri perjuangan
untuk menghadapi cabaran hidup yang dulunya dimulakan dengan berternak kambing seperti mana yang
telah diterangkan dahulu.
Perkahwinan dengan Khadijah membayangkan kepada kita yang RasuluLlah tidak memberatkan
soal-soal kepuasan hawa nafsu dan sebagainya seperti pemuda-pemuda yang Seumur dan sebaya
dengannya. Kalau tidak sedemikian sudah pasti baginda telah memiih wanita-wanita yang lebih muda
daripadanya. Di sini nyatalah kepada kita di mana perkahwinannya semata-mata kerana kejujuran dan
kemuliaan budi Khadijãh sehingga ianya digelar di masa jahiliyyah dengan “Wanita Suci”.
Perkahwinan ini telah hidup dan membunga sehingga wafatnya Khadijah dalam usia enam puluh
lima tahun sedang RasuluLlab SallaLlahu ‘alaihi Wasallam berusia lima puluh tahun dan tidak terlintas di
hati sanubari baginda untuk berkahwin dengan perempuan yang lain sedangkan manusia biasanya dalam
usia antara dua puluh hingga lima puluh merupakan musim gelora perasaan mahukan perempuan dan
mahukan lebih dan satu untuk melepaskan hawa nafsu kebinatangan. Nabi Muhammad dapat melintasi
usia dan musim gelora ini tanpa memikir langsung soal-soal hendak berkahwin lebih, memadailah dengan
Khadijah seorang. Kalaulah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mahukan lebih dan satu sudah tentu
mudah baginya dan tidak pula menyalahi adat resam di masa itu yang mana orang-orang ‘Arab di masa
itu berkahwin lebih dan satu atau mencari hamba abdi sebagai gundik simpanan. Di samping itu penlu
kita ingat di mana Khadijah adalah janda umurnya melebihi Muhammad SailaLlahu ‘alaihi Wasallam
hampir dua kali ganda.
Bila kita memperkatakan soal ini barulah dapat kita menyumbat mulut-mulut orang yang
mengeluarkan racun-racun berbisa yang mengancam kesucian Islam dan kekuatannya yang terdiri dan
golongan misionary orientalis dan kuncu-kuncu mereka yang selalu mencanangkan berita-berita palsu
yang tidak berasas. Mereka ini menyangka bila memperkatakan tentang perkahwinan Nabi Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wa sallam dapatlah mereka menggambarkan kepada umum yang Muhammad itu
manusia yang tenggelam ke dasar lautan hawa nafsu.
Seperti yang kita ketahui di mana golongan misionary Kristian dan para orientalis adalah seteru
yang professional yang paling ketat menentang Islam. Mereka berusaha mencari kesempatan untuk
menghala tikaman yang membunuh ke arah Islam demi untuk mencari makan dengannya.
Di sana terdapat talibarut mereka yang menentang Islam secara hobi meniru-niru dan bertaqlid
saja. Persetujuan dan penentangan mereka terhadap Islam semata-mata untuk menunjukkan mereka tidak
memihak kepada Islam dan adalah sahabat karib kepada penjajahan yang dianjurkan oleh para miSionary
dan onientalis. Oleh yang demikian maka karya kajian mereka langsung tidak berbau dengan objektif
walaupun mereka mengatakan yang karya mereka adalah kajian objektif.
Tidakkah perkara perkahwinan RasuluLlah ini merupakan suatu tajuk yang paling mudah difaham
dan dipegang oleh Muslim yang waras. Ini adalah berlainan sekali dengan apa yang ditimbulkan oleh
musuh-musuh Islam.
Fiqh Al-Sirah 1
32
Kesemuanya ini bertujuan hendak menggambarkan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam
sebagai seorang lelaki yang telah tenggelam ke dasar lautan hawa nafsu dan syahwat tetapi tajuk
perkahwinannya ini sudah cukup untuk membuktikan kepada kita pendapat yang sebaliknya sebab
manusia yang berhawa nafsu tinggi hidup di tengah-tengah arus dan gelombang jahiliyyah dengan
usianya yang dua puluh lima tahun itu tidak mungkin mengekalkan dan membiarkan dirinya bersih tanpa
dinodai.
Manusia yang bersyahwat tinggi mustahil sanggup hidup dengan seorang janda yang sudah lanjut
usianya. Kemudian terus hidup bersama—samanya tanpa memikir dan mengarahkan pandangannya ke
arah perawan-perawan yang lain. Malah penghidupan baginda yang sedemikian itu berjalan dan zaman
mudanya hingga menjangkau usia tua.
Tentang perkahwinan baginda selepas wafat Khadijah dengan ‘Aisyah RadiyaLlahu ‘anhuma dan
dengan yang lain itu sebenarnya setiap perkahwinan ini mengandungi cebisaan hikmat ilahi yang
kesemuanya menambahkan isipadu dan peratus keimanan seorang Muslim kerana di dalamnya tersemat
penagung dan tingginya akhlaq dan budi pekerti Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam (dan
kesemuanya ini akan kita perkatakan di termpat-tempat yang lain).

0 comments:

Post a Comment

Sample Text

Social Profiles

Arsip Blog

Pengikut

Guest Counter

Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Popular Posts

Blog Archive

About

Featured Posts Coolbthemes