Tuesday, October 4, 2011

KEPUTERAAN NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM DAN PENYUSUANNYA


Nasabnya Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallatn, keputeraannya dan penyusuannya.
Adapun nasabnya SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, ialah; Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul
Mutalib, ‘Abdul Mutalib dipanggil dengan nama Syaibah A1-Hamd. bin Hashim bin ‘Abdul Manaf, nama
‘Abdul Manaf ialah Al Mughirah bin Khusai, dinamakan Zaidan bin Khilab bin Mur rah bin Ka’ab bin
Luai bin Ghalif bin Fihri bin Malik bin Nadri bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin
Mudhar bin Nizar bin Mu’ad bin Adnan.
Setakat itulah sahaja apa yang telah disepakati mengenai Nabi SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
Adapun yang ke atas dan itu ada bersalahan pendapat, yang payah hendak dipegang. Tetapi tidaldah ada
sebarang khilaf atau bersalahan pendapat mengenai Adnan itu adalah di antara anak cucu Nabi Ismail
‘alaihissalam anak kepada Ibrahim ‘alaihissalam dan Allah telah memilihnya dan sebaik—baik khabilah
dan suku, tidak pernah diresapkan sesuatu daripada kecemaran jahiliyyah kepada sesuatu dari nasabnya.
Diriwayatkan oleh Muslim dengan sanadnya, Sabda RasuluLlah SallaLlahu ‘alailii Wasallam.
“Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah di antara anak-anak Ismail, dan dipilihnya Quraisy
dan Kinanah, dan dipiihnya Hashim dan Quraisy dan dipiihnya saya dari Bani Hashim”.

Baginda dilahirkan pada Tahun Gajah, iaitu tahun di mana Abrahah Al Asyram telah melanggar
masuk ke kota Makkah dalam rangka percubaannya hendak menawan dan memusnahkan Al-Ka’bah.
Namun demikian percubaannya tadi telah menemui kegagalan yang amat pahit di mana Allah Subhanahu
Wata’ala telah mengutuskan sekumpulan Burung-burung Ababil mencedera dan memusnahkan
angkatannya itu. Kejadian ini telah diterangkan di dalam Al-Qur’an dengan jelas sekali. Mengikut
pendapat yang paling hampir dengan kenyataan, baginda telah dilahirkan pada hari Isnin tanggal 12 (dua
belas) haribulan Rabi’ul Awal.
Baginda adalah yatim ketika dilahirkan. Ayahandanya wafat ketika baginda baru dua bulan dalam
kandungan ibunya. Setelah lahir baginda dipelihara oleh datuknya ‘Abdul Muttalib yang kemudian
disusukan kepada seorang perempuan dari puak Sa’d Bakr yang bernama Halimah binti Abi Zuwaib. Ini
adalah mengikut adat resam orang—orang ‘Arab di kala itu.
Ahli sirah telah sebulat suara mengatakan bahawa kampung Bani Sa’d ketika itu mengalami
kemarau yang teruk. Sesampai sahaja Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ke rumah Halimah dan
menyusu darinya ketika itu juga keadaan pun berubah. Kampung yang dulunya kering tandus mulai
menghijau, kambing ternakan yang dahulu kelaparan kini bila kembali dan ladang ternakan kelihatan
riang dan uncang—uncang susunya penuh dengan susu.
Mengikut apa yang diriwayatkan oleh Muslim (salah Seorang Imam Hadith Nabi) bahawa
RasuluLlah telah dibedah perutnya semasa bersama Bani Sa’d. Ketika itu baginda baru berusia lima
tahun. Selepas itu dihantar kembali ke pangkuan ibunya.
Bondanya telah wafat ketika baginda berusia enam tahun. Ini membawa baginda menjadi seorang
yatim piatu. Dengan itu maka datuknya pula yang mengambil peranan mendidik RasulULlah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam tetapi tidak berapa lama datuknya pula berpindah ke alam baqa’. Masa itu baginda
berusia lapan tahun dan dipelihara oleh bapa saudaranya pula Abu Talib.
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
Fiqh Al-Sirah 1
25
Dengan segala apa yang berlaku di peringkat ini bolehlah kita mengambil beberapa kesimpulan
pengajaran dan peng’ik tibaran:
1. Mengenai nasab keturunan baginda SallaLlahu ‘alaihi Wasallam seperti yang telah kami jelaskan,
kedapatan beberapa dalil yang jelas yang menunjukkan bahawa dalam semua bangsa manusia,
bangsa ‘Arab yang telah dipiih oleh Allah, dalam semua bangsa ‘Arab, qabilah atau suku Quraisy
pula dipiihnya, dalilnya itu jelas kedapatan dalam hadith riwayat Muslim seperti yang telah kami
sebutkan, malah banyak lagi hadith yang sama maksudnya, antaranya ialah hadith riwayat
Tirmizi:
(Bahawa Baginda SallaLlahu ‘alaihi Wasallam berdiri di atas minbar lantas berkata: “Siapakah
saya ini Para sahabat menjawab: “Engkau utusan Allah, selamat atas engkau “. Ujar Baginda
lagi: “Saya Muhammad anak Abdullah anak Abdul Muttalib, sesungguhnya Allah telah jadikan
makhluq (manusia), kemudian Ia jadikan mereka dua golongan, maka ia jadikan saya dalam
golongan mereka yang paling baik, kemudian Ia jadikan mereka beberapa qabilah, maka Ia
jadikan dalam qabilah mereka yang paling balk, kemudian Ia jadikan beberapa rumah
(rumahtangga) maka Ia jadikan saya dalam rumah yang paling baik, dan saya adalah orang yang
paling baik di antara mereka”.) Tirmizi: J. 9. H. 236. Kitabul Muflaqib.
Dan ketahuilah bahawa konsep kasih kepada Rasul SallaLalahu ‘alaihi Wasallam, ialah kasih
kepada kaum yang dalam kalangan mereka lahirnya Rasul SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, juga kasih
kepada qabilah yang dalam kalangan mereka diputerakan Baginda. Ini bukan kerana fanatik kepada
orang—orang bangsa itu, tetapi adalah kerana semata mata hakikat, kerana pada hakikatnya bangsa ‘Arab
Quraisy itu telah mendapat kemuliaan dan penghormatan di sebabkan hubungan mereka dengan Rasul
SallaLlahu ‘alai hi Wasallam, dan ini tidak boleh disangkal sama sekali.
Namun demikian, tidakjuga boleh dinafikan bahawa adanya keburukan pada orang-orang ‘Arab
atau orang Quraisy itu kerana penyimpangan mereka dan jalan Allah Subhanahu Wa Ta’ala atau
menyeleweng dan garis-garis panduan yang telah dipilih oleh Allah untuk hamba-hambanya, kerana
penyimpangan dan pemesungan dan garis panduan tersebut bererti tersingkir terputus dan hubungan
dengan Rasul SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
2. Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dilahjrkan dengan keadaan yatim piatu. Sesudah ttu datuknya
pula meninggal. Penstiwa ini menyebabkan RasuluLlah hidup di peringkat kecilnya tanpa mendapat kasih
sayang dan ibu dan jagaan serta perhatian yang sewajar dari bapa. Kesemuanya ini bukan berlaku secara
kebetulan sahaja tetapi segala-galanya ini adalah mengikut apa yang telah digariskan oleh Allah
Subhanahu Wata’ala untuk masa depan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan ini adalah
sebahagian dan hikmat Ilahi, agar tidak sesiapa pun menaruh sangkaan buruk bahawa seruan Nabi
Muhammad ini adalah dan ilham dan latihan ibunya semasa menyusu ataupun hasil dan tunjuk ajar dan
bapa dan neneknya kerana neneknya ‘Abdul Muttalib adalah manusia yang terkemuka di kalangan
kaumnya, lebih-lebih lagi soal pembekalan makanan dan minuman untuk jama’ ah haji adalah di bawah
kelolaan dan tanggungjawabnya.
Sudah menjadi adat dan resam alam, datuk atau bapa akan menurunkan warisan kepada cucu atau
anak di bawah jagaan mereka.
Tetapi suratan Ilahi tidak membiarkan kesempatan kepada mereka yang engkar dan bertujuan
jahat, kerana RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah dibesarkan dan dipe lihara jauh dan jagaan
dan peliharaan ibu bapa. Demikian juga di masa baginda masih bayi. Sebagai satu lagi hikmat Ilahi
Baginda telah dikirimkan ke kampung di bawah peliharaan Bani Sa’diah. Selepas datuknya meninggal
dunia maka tanggungjawab memelihara terserah kepada bapa saudaranya pula, Abu Talib. (Umur ‘Abdul
Mutalib pun tidak panjang buat memelihara RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam). Datuknya sempat
memikul tanggung jawab itu hanya buat masa tiga tahun sahaja.
Sebagai kesimpulan kepada hikmat Ilahi tadi, disudahi dengan penolakan dan keengganan Abu
Talib menerima dan memeluk agama Islam, agar tidak disyaki orang lagi bahawa Abu Talib sedikit
sebanyak memain peranan penting dalam usaha mengasuh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ke
arah da’wahnya itu kerana semuanya ini me rupakan plot perkembangan yang berjangkit antara satu sama
Fiqh Al-Sirah 1
26
lain yang membawa kedudukan dalam puak kepada kedudukan di dalam kaum dan seterusnya kepada
penganjuran yang lebih luas dan pangkat kedudukan yang Iebih tinggi.
Beginilah arus hikmat Ilahi yang mahukan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam hidup dengan
keadaan yatim piatu. Hanya arahan dan jagaan Ilahi sahaja dapat men jauhkan tangan-tangan yang cuba
memanjanya, menjauh wang, harta kekayaan dan yang cuba memewahkan kehidupannya. Ini berlaku
supaya jangan timbul di jiwanya semangat kebendaan atau gilakan pangkat. Oleh itu Segala-galanya tidak
mendorongkan baginda ke arah kepenganjuran, yang mana mungkin mengelirukan di antara KENABIAN
dengan KEPENGANJURAN dunia yang akan disangka orang kelak sengaja dibuat-buat yang pertama
(keNabian) demi untuk mencapai yang kedua (kepenganjuran).
3. Mengikut apa yang diceritakan oleh ahli sirah (sejarah hidup Nabi) bahawa rumah dan perkampungan
Halimah Al Sa’diyyah telah dilanda kemarau yang dahsyat tetapi kedatangan Nabi Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah merombak segala-galanya. Tanaman kembali subur menghijau, biribiri
dan unta yang kurus kering dengan hanya kulit yang melekat di tulang-tulang berubah menjadi
binatang yang sihat dan gemuk berlemak. Kesemuanya ini menunjukkan kedudukan martabat RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaibi Wasallam di sisi ALlah semasa baginda masih bayi lagi. Sebagai contoh
penganugerahan Ilahi yang nyata kepada Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ialah
pengurniaan dan limpahan rahmat kepada Halimah Al Sa’diyyah yang telah memelihara baginda. Ini
tidaklah menjadi suatu perkara yang pelik dan ganjil. Tidakkah pernah kita meminta supaya Tuhan
menurunkan hujan di musim kemarau dengan berkat para salihin dan berkat keluarga RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam agar do’a dan permintaan kita itu dikabulkan Tuhan dan bagaimana pula
kalau satu tempat itu RasuluLlah SallaL lahu ‘alaihi Wasallam sendiri berada di dalamnya, maka
perkampungan tadi sudah sewajarnya menerima ganjaran dan rahmat Ilahi yang telah sanggup menerima,
memelihara dan menyusu RasuluLlah. Kehijauan rumput dan tanah menyubur adalah berkat Baginda
RasuluLlah yang lebih berkesan daripada hujan.
Kalaulah sebab-musabab itu di tangan Tuhan, maka sudah sewajarnyä RasuluLlah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam mendahului segala sebab-musabab dan limpah kumiaNya. Lebih jelas lagi RasuluLlah
ini adalah rahmat Allah untuk manusia sejagat. Tegasnya Allah sendiri telah menyebut di dalam Al-
Qur’an:
( وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ ( 107
Yang bermaksud:
“Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk ‘alam sejagat”.
(Surah Al-Anbiya’ 21: 107)
4. Peristiwa pembedahan perut RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam semasa Baginda tinggal bersama
Halimah Al Sa’diyyah merupakan salah satu tanda keNabian dan tanda pemiihan Tuhan terhadapnya
untuk sesuatu yang mulia.
Peristiwa ini telah diperihalkan dengan betul dan benar melalui beberapaorang sahabat. Antaranya
Anas bin Malik (RadiyaLlahu’anh) Perihalnya terdapat dalam kitab Hadith Muslim yang bermaksud:
Sesungguhnya RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah didatangi Jibril ketika Baginda
sedang bermain-main dengan sekumpulan kanak-kanak. Jibril ‘alaihi sallam telah merebahkan
dan membelah betul-betul dengan hati dan mengeluarkannya kemudian dikeluarkan seketul darah
sambil berkata, inilah sasaran syaitan ke hati engkau. Lepas itu dibasuhnya di dalam tas dan
emas dengan air zam-zam barulah dimasukkah semula ke tempat asalnya dan kanak-kanak yang
lain berkejaran la menemul ibu penyusunya Halimah melaung laung; Muhammad telah dibunuh
dan mereka semua meluru ke arab Nabi Muhammad dan didapati pucat lesu.
Hikmat llahi di sini bukanlah membuang buli-buli kejahatan. Allah sahaja yang lebih mengetahui dan
tubuh badan RasuluLlah kerana kalaulah di sana terdapat buli-buli kejahatan yang merupakan sumber
kejahatan maka sudah tentu boleh dirubah manusia jahat menjadi baik dengan cara pembedahan. Tetapi
Fiqh Al-Sirah 1
27
hikmat Ilahi yang jelas di sini ialah mengilklan dan mengisytiharkan keRasulan baginda dan
menjadikannya ma’sum dan mempersiapkan baginda untuk menerima wahyu dan kecil lagi dengan cara
yang boleh dilihat dengan mata kasar kerana dengai jalan ini membawa orang percaya dan beriman
dengan risalah pengutusannya dengan mudah. Pembedahan tadi adalah pembersihan rohani dengan suatu
cara yang boleh dinampakkan oleh pancaindera supaya inmi menjadi canang Ilahi kepada manusia
seluruhnya dengan boleh dilihat dan didengar.
Sebab yang membawa kita percayakan peristiwa pembedahan ialah kerana kebenaran dan sahnya
cerita ini. Kalaulah perkara ini sudah jelas bak di tengahari maka tidak ada sebab—sebab yang boleh kita
larikan dan kebenarannya. Tetapi bagi mereka yang lemah iman kepada Tuhan perkara ini membawa
kepada kelemahan iman mereka terhadap keNabian dan keRasulan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam. Orang yang seperti ini tidak ada bezanya sama ada mereka mengetahui atau tidak akan
hikmat-hikmat Ilahi dan sebab-sebabnya.

0 comments:

Post a Comment

Sample Text

Social Profiles

Arsip Blog

Pengikut

Guest Counter

Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Popular Posts

Blog Archive

About

Featured Posts Coolbthemes