Tuesday, October 4, 2011

PERANAN DAN PERLUNYA RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD DALAM MEMAHAMI ISLAM


Tujuan mengkaji riwayat hidup RasuluLlah dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat
kejadian-kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah
sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita rnenganggap kajian sejarah hidup RasuluLlah ini sama
dengan membaca dan menala’ah sejarah para pemerintah (khali fah) di zaman purbakala.
Tujuan pokok dan kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami,
menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin (defakto) Islam semuanya teradun di
dalam penghidupan RasuluLlah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud setelah
Seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip-prinsip
dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu.
Tegasnya kajian riwayat hidup RasuluLlah SallaLlahu ‘a1aihi Wasallam ini adalah suatu usaha
mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan dengan contoh
Islam iaitu Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alabi Wasallam.
Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bo lehlah dibahagikan seperti berikut:
1. Memahami peribadi Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam menerusi penghidupan dan suasana
hidup baginda sendiri. Ini adalah untuk menentukan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu bukan
sebagai manusia pintar tetapi Ianya adalah pesuruh Allah Subhanahu Wa ta’ala yang menerima Wahyu
dan taufiq dariNya.

2.Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap
lapangan hidup yang harmoni, dari itu juga dapat dijadikan sebagai dasar dasar hidupnya. Andaikata
manusia ingin mencari suatu contoh terbaik bersifat universal, mereka akan dapat Semuanya di dalam
kehidupan Muhammad SallaLlahu ‘alai hi Wasallam, maka tidák hairanlah mengapa Allah menjadikan
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam itu sebagai contoh kepada umat manusia. Untuk demikian maka
Allah telahpun menegaskan dalam Kitab SuciNya:
( لَقَدْ آَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن آَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَآَرَ اللَّهَ آَثِيرًا ( 21
Yang bermaksud;
Sesungguhnya pada (diri) RasuluLlah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan)
kamu
(Al-Ahzab 33 : 21)
3. Semoga kupasan tentang kehidupan Muhammad SallaL lahu ‘alaihi Wasallam boleh menolong
manusia mema hami dan mengecapi isi kandungan Al-Qur’an lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Qur’an
yang dihurai dan ditafsirkan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.
4. Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan seberapa banyak yang boleh perbendaharaan kebudayaan
dan pe ngetahuan Islam yang sebenar samada pengetahuan bersangkutan dengan ‘aqidah kepercayaan,
hukum hakam’ dalam Islam atau tatasusilanya. Lebih tegas lagi penghidupan RasuluLlah SallaLlahu
Fiqh Al-Sirah 1
9
‘alaihi Wasallam adalah satu gambaran dengan dimensinya yang jelas bagi prinsip-prinsip dan hukumhukum
Islam.
5. Membolehkan para pendidik penda’wah Islam mencontohi dan mengajar, mengikut sistem pendidikan
dan peng ajaran yang sihat kerana Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sendiri adalah sebagai
pendidik, penasihat, guru dan pertunjuk yang utama, tidak pernah membuang masa begitu sahaja malah
sentiasa mencari dan menyiasat jalan jalan dan sistem—sistem pengajaran yang terbaik semasa baginda
(SallaLlahu ‘alaihi Wasallam) berda’wah.
Antara faktor yang menjadikan sejarah Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ini mampu
dan berupaya untuk sampai ke matlamat—matlamat tadi ialah kerana sejarahnya lengkap meliputi
segenap bidang kehidupan sama ada segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan yang terdapat di
kalangan manusia lain; samada ianya sebagai seorang individu yang bebas dengan faham pembawaannya
atau sebagai seorang anggota masyarakat yang cergas dan terpengaruh oleh unsur—unsur yang terdapat
di dalam masyarakatnya.
Sejarah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam meng bidangkan kepada kita sejambak contoh
utama bagi seorang pemuda yang waras; peribadinya yang dipercayai orang di ka langan keluarga dan
sahabat; seorang manusia yang menyeru umat manusia ke jalan Allah secara lemah—lembut dan
bersopan-santun; seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan
seruan Allah; seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar;
seorang suami yang halus pergaulannya; seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan
terhadap anak dan isteri; seorang ketua turus agung peperangan yang cergas, penuh dengan tektik strategi
persediaannya dan seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagikan dedikasinya kepada Allah,
keluarga dan sahabat handai (RadiyaLlahu‘anhum ajma’in).
Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ialah
memahami semua sudut kemanusiaan.

0 comments:

Post a Comment

Sample Text

Social Profiles

Arsip Blog

Pengikut

Guest Counter

Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Popular Posts

Blog Archive

About

Featured Posts Coolbthemes