Thursday, October 6, 2011

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu


Menurut Harry Judge, orangMelayu Campa telah wujud sejak abad ke-2 Masihi. Jika telah ada orang Melayumaka sudah pastilah ada bahasanya. Itulah lojiknya. Namun dari segi buktisejarah yang lebih konkrit bahan berbahasa Melayu hanya baru terdapat pada abadke-4 seperti pada prasasti Dong Yen Chau, di Vietnam. Itu pun kalau maklumatdaripada Drs. Abdul Rahman Al-Ahmadi benar dan tepat. Oleh itu dari maklumatyang di atas ini bahasa Melayu telah wujud kira-kira 1800 tahun yang lalu.

Selain itu bahasa Melayu pulatelah mendapat pengaruh dari luar sejak abad ke-4 Masihi seperti pengaruhbahasa Sanskrit yang terdapat pada tinggalan Kerajaan Melayu Kutai diKalimantan Timur yang bertarikh pada 400 Masihi dan Kerajaan Tarumanegara diJawa Barat pada 450 Masihi. Kewujudan bahasa Melayu pada abad ke-7 mempunyaibanyak buktinya seperti pada prasasti-prasasti zaman Sriwijaya, Syailendra,Sanjaya, dan Malayu. Pada abad ke-10 dan ke-11 baru mula muncul kedatanganIslam seperti pada prasasti di Langgar, Kedah (290 Hijrah), Brunei (440H./1048M.), Phan~rang, Vietnam 431H./1039M.), Leran, Surabaya (475H./1082M.), danPekan, Pahang (419H.).

Kemudian daripada itu datangpula bangsa-bangsa Barat dengan dimulai dari jatuhnya Kota Melaka (1511 M.),kemudian Maluka, Sunda Kelapa, Manila, dan lain-lain. Pengaruh Barat baru mulamengental dalam abad ke-19 dan abad ke-20. Namun pada pertengahan abad ke-20Dunia Melayu mula menjadi negara yang bebas dan merdeka.
Bagi membahagikan zaman-zamanbahasa Melayu saya lebih cenderung menggunakan bahan-bahan bukti sertaciri-ciri tertentu bagi mengkategorikan zaman—zamannya. Saya tidak memakaikaedah yang menonjolkan pengaruh luar atau pengaruh kolonial seperti zamanprakolonial, zaman kolonial dan zaman pascakolonial.
Bagi saya katakolonial sangatmengerikan. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992) colonial bererti penjajah.Dalam kamus The New Collins Intenational Dictionary of the English Languageyang ditulis oleh William T. McLeod dan Patrick Hanks (1983), colonial bererti“of characteristic of, relating to, possessing, or inhabiting a colony orcolonies”, sedangkan perkataan colonialism bererti: the policy and practice ofa power in extending control over weaker peoples or areas. Kamus BBC EnglishDictionary (1993) mengatakan colonial ialah “relating to countries or tocolonialism”. Akhir sekali ialah kamus The New International Webster’s ConciseDictionary of the English Language (1997) menyebutkan bahawa colonial adalah“of possessing, like, or forining and colony or colonies; a citizen orinhabitant of a colony”.
Kalaulah makna kolonialseperti mana yang diterangkan di atas ini, maka dalam sejarah dunia Melayu yangmenjadi penjajah adalah orang Barat dan mereka dataug ke Alam Melayu bermulapada 1509 yang dipimpin oleh de Sequira. Dua tahun kemudian baru dataug Afonsode Albuquerque yang menyerang dan menawan kota Melaka.
Pengaruh Barat meresap kedalam bahasa dan budaya Me1ayu hanya baru nampak jelas dalam abad ke-19 danabad ke-20. ini bermakna dari abad ke-2M hingga ke abad ke-18M. (kira-kira 1600tahun lamanya) pengaruh kolonial Barat tidak ada, jauh sekali untuk menonjol.Maka dengan itu sangat mengelirukan kalau sejarah bahasa Melayu dibahagikankepada tiga zaman, iaitu zaman prakolortial, zaman kolonial dan zamanpascakolonial Orang yang membahagikan zaman­-zaman bahasa Melayu seperti diatas ini memang sengaja cuba menonjolkan kata “kolonial” nya walaupun orang itumenafikannya dan memberikan alasan-alasan yang diada-adakan atau yang mengada­ngadayang apologetik. Bagi menentukan zaman-zaman bahasa Melayu, bahasa Melayunyaitu perlu dilihat dari beberapa sudut.
Pertama dari sudut kandunganbahasa Melayu itu sendiri seperti kosa katanya, tatabahasanya termasukfonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Kedua dari sudutungkapan-ungkapan, dan istilah-istilah yang dipakai dalam satu-satu bidangseperti dalam bidang-bidang pentadbiran, agama, budaya, dan lain-lain. Ketigadari hasil-hasil karya sastera, sama ada wujud unsur-unsur luar, atau pengaruhlain dalam bentuk tenjemahan, tiruan, saduran daripada hasil-hasil karyatersebut atau yang lain-lain. Keempat, tulisan-tulisan atau aksara-aksara danjenis-jenisnya yang dipakai oleh bahasa yang berkenaan, adakah tulisan itukepunyaan mereka sendiri yang asal atau pinjaman daripada luar. Kelima, darisudut pengaruh pemikiran, falsafah dan perkembangan intelektualnya dalamtamadun bangsa yang berkenaan. Keenam dari sudut pengaruh penggunaan teknologiyang dataug daripada sesuatu bangsa lain yang wujud dalam budaya, tamadun danbahasa bangsa yang berkenaan.
Kalau dilihat dari sudutkriteria-kriteria yang tertera di atas bahasa Melayu pada abad ke-18 dansebelumnya, tidak menampakkan pengaruh daripada penjajah-penjajah Barat atauonang-orang kolonial Barat. Dengan itu memang sangat tidak kena dan tidak tepatapabila dikatakan bahawa zaman-zaman bahasa Melayu dibahagi kepada tiga zamanseperti dinyatakan di atas dengan penekanan atau penonjolan kepada kata“kolonial”. Jika kaedah yang kemudian ini dipakai, iaitu menyebut kata kolonialpada setiap zaman, maka “kolonial”nya akan menjadi terlalu ditonjolkansedangkan peranannya tidak seberapa, bahkan ada zaman yang tidak ada langsungpengaruh kolonialnya.
Dengan itu bagi membuatpembahagian zaman bahasa Melayu ini, saya lebih cenderung untuk membahagikannyakepada lima zaman sahaja, iaitu:
a. Zaman bahasa Melayu purba.
b. Zaman bahasa Melayu kuno.
c. Zaman bahasa Melayu klasik.
d. Zaman bahasa Melayu pramoden, dan
e. Zaman bahasa Melayu moden.
Zaman bahasa Melayu Purba
Zaman bahasa Melayu purbaterdapat dalam zaman prasejarah. Tidak ada bukti sejarahnya kerana tidak adarekod bertulis sama ada dalam bentuk prasasti atau yang lain-lain. Dengan itukita tidak tahu bagaimanakah bentuk bahasa Melayu pada ketika itu.
Zaman Bahasa Melayu Kuno
Zaman ini bermula kira-kiradan abad ke-4 dan berakhir kira-kira pada akhir abad ke- 13 Masihi, iaitu lebihkurang 1000 tahun lamanya. Zaman ini dikira bermula dari abad ke-4 keranaprasasti berbahasa Melayu yang pertama terdapat pada abad ke-4 dan ditemui diDong Yen Chau, Vietnam. Tarikhnya jatuh pada abad ke-4 adalah berdasarkantulisan Drs. Abdul Rahman al-Ahmadi. Selain itu ada juga prasasti yangberbentuk Yupa yang ditemui di Kutai, Kalimantan Timur pada awal abad ke-5.Tarikh tepatnya ialah 322 Syaka atau 400 Masihi. Tetapi Yupa ini (ada tujuhbatang kesemuanya) menggunakan tulisan Pallava dan bahasanya ialah bahasaSanskrit. Dalam abad ke-5 Masihi juga wujud prasasti yang bertarikh pada 372Syaka atau 450 Masihi di Tarumanegara, di Jawa Barat. Prasasti berbahasa Melayuyang paling banyak terdapat adalah dalam abad ke-7, ke-8 dan ke-9 Masihi, iaitudalam zaman kerajaan-kerajaan Sriwijaya, Syailendra, Sanjaya dan Malayu.
Antara tempat-tempat yangditemui prasasti-prasasti ini ialah di Kedukan Bukit (683M.), Telaga Batu(683M), Kota Kapur (686M.), Karang Berahi, Palas Pasemah, Bungkuk, SabukKingking (di Sumatera), Sajamerta, Bukateja, Manjusyrigrha, Dang Pu Hawang Gus,Sang Hyang Wintang, Kebon Kopi, Gunung Sundoro (di Jawa), Ligor, Wiengsa,Chaiya dan lain-lain di Thailand Selatan; dan Laguna di Manila.
Dalam zaman ini pengaruhHindu dan Buddha begitu kuat. Kerajaan Sriwijaya dan Syailendra dipengaruhioleh agama Buddha. Candi Borobudur dan Candi Mendut di Pulau Jawa adalahbuktinya. Sedangkan kerajaan Kedah Tua, Sanjaya dan Singosari dipengaruhibegitu kuat oleh agama Hindu. Buktinya ialah wujudnya candi-candi Hindu sepertidi Prambanan dan Lembah Bujang. Bahasa Melayu dalam zaman ini dapat dikesanhanya melalui prasasti-prasasti yang ada terutama dalam bentuk batu yangdipahat atau logam yang diukir dengan tulisan. Ciri-­ciri dan sifat-sifat khasbahasa Melayu kuno ialah:
a. Tulisan yang dipakaiadalah tulisan Pallava yang berasal dan India. Tulisan Pallava ini kemudianmengalami perubahan. Oleh itu timbul jenis-jenis tulisan seperti benikut:
i. Tulisan Pallava awal.
ii. Tulisan Pallava akhir.
iii. Tulisan Kawi awal.
iv. Tulisan Kawi akhir.
v. Tulisan-tulisan lain yang lahir kemudian mengikut perkembangan zaman danjuga bahasa dan dialek
b. Wujud kata-kata pinjamandaripada bahasa Sanskrit seperti perkataan-perkataan dalam laras agama.Contohnya: daiva, sukhasyitta, Brahma, Syiva, Visynu, puasa, dosa, pahala,naraka, sywarga.
c. Fonem-fonem pinjamandaripada bahasa Sanskrit seperti v, sy, bh, dh, kh, t gelungan, chh danlain-lain seperti pada kata-kata paramesyvara, syiva, bhagia, bedha,sukhasyitta, chhuti, dan lain-lain.
d. Wujud kata-kata pinjamandaripada bahasa Sanskrit untuk laras pemerintahan dan pentadbiran seperti raja,maharaja, maharani, nagara, laksamana, bendahara, bendahari, seri rama,mahligai dan istana.
e. Morfem-morfem Melayu kunoseperti:
1. in- untuk di- dalam bahasaMelayu moden.
11. nipar- untuk diper- dalam bahasa Melayu moden.
m. luar- untuk ber- dalam bahasa Melayu moden.
iv. mam- untuk mem- dalam bahasa Melayu sekarang dan lain-lain.
f Fonem-fonem Melayu kunoseperti v untuk b. Contohnya:
nivunuh untuk dibunuh, danmarvuat untuk berbuat.
g. Tidak ada penggunaantulisan Jawi. Sehingga ke saat ini belum ada bukti tentang adanya orang Melayuyang menggunakan tulisan Jawi dalam zaman ini.
h. Tidak terdapat kata-katapinjaman daripada bahasa Arab atau Parsi dalam zaman ini yang berakhir padaakhir abad ke-13. Prasasti-prasasti Melayu kuno hanya menggunakan kata-kataMelayu asli seperti pinam (pinang), rumviya (rumbia), wuluh (buluh), ataukata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit seperti prakara (perkara), pratama(pertama), sarvvasatva (sarwasatwa), dan maharddhika (merdeka).
I. Tidak ada kata-katapinjaman daripada bahasa kolonial dan Barat.
J. Tidak ada tulisan rumiatau Latin dan Barat yang dipakai oleh orang Melayu ketika itu.
k. Kitab-kitab agama ataufalsafah Hindu dan Buddha yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu tidakkesemuanya diterjemahkan. Bahan yang diterjemahkan hanyalah yang dalam bentukceritanya seperti tentang kisah raja-raja dan orang-orang besar, tentangistana, mahligai dan negeri, keluarga raja, anak cucu dan keturunannya.Perkara-­perkara yang berbentuk atau berkaitan dengan falsafah tidak ada yangditerjemahkan. Itu sebabnya kitab falsafah Hindu Bhaghawatgitta tidakditerjemahkan ke dalam bahasa Melayu pada masa dahulu.
Zaman Bahasa Melayu Klasik
Zaman ini saya kira bermuladan awal abad ke- 14 dan berakhir pada akhir abad ke- 18 Masihi. Tarikh itusaya pilih kerana prasasti Terengganu bertarikh pada 702 Hijrah bersamaandengan 1303 Masihi. Prasasti ini sangat penting kerana ia berlainan daripada prasasti­-prasastiyang sebelumnya. Oleh sebab itu Prasasti Terengganu saya jadikan sebagaipatokan untuk pemisah antara bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu klasik.Hujah pertama ialah ia menggunakan tulisan Jawi yang tidak pernah dibuat olehorang Melayu pada masa sebelumnya. Memang benar terdapat beberapa prasasti yangmenunjukkan wujudnya tulisan Arab yang digunakan oleh orang Melayu pada masa
sebelumnya, tetapi prasasti-prasasti itu tetap dalam bentuk bahasa Arab asli.Tulisan dan bahasanya Arab jati, seperti pada prasasti Langgar, di Kedah(290H); Pekan, Pahang (419H. ); Phan-rang, Vietnam (43 1H. ); Leran, Jawa Timur(475Hj; dan Bandar Seri Begawan, Brunei
(440H.). Dengan itu tulisan Jawi tidak terbukti wujud pada abad ke-13 dansebelumnya.
Kedua, prasasti Terengganumengandungi bentuk bahasa yang berlainan daripada bahasa Melayu kuno. Bahasanyalebih mudah dan mendekati bahasa Melayu zaman moden. Imbuhan-imbuhan yang
dipakai lebih mirip ke bahasa Melayu moden; kata-kata pinjaman Arab sudahmeresap ke dalamnya, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit sudah agakberkurangan; ejaan Jawinya lebih mirip kepada ejaan pengaruh Melayu.Bentuk-bentuk huruf Jawi yang dipakai lebih mirip ke huruf Jawi yang dipakaisekarang. Gaya bahasa yang digunakan sudah menyimpang daripada bahasa Melayukuno. Mungkin akan ada orang yang mengatakan bahawa bahasa yang dipakai dalambuku Hikayat Raja Pasai dan Kitab Bahr al-Lahut, sama dengan bahasa yangterdapat pada prasasti Terengganu, sedangkan buku dan kitab tersebut terkarangpada abad ke- 12 atau ke- 13 Masihi dan dengan itu ia termasuk ke dalam zamanbahasa Melayu kuno. Tetapi malangnya hujahnya tidak kuat kerana
tarikh yang diberikan itu hanya andaian sahaja, tidak ada bukti yang konkritseperti bukti yang ada pada prasasti Terengganu atau pada Kitab Aqa’idal-Nasafi.
Bahasa Melayu pada zamanklasik ini memakan masa selama 500 tahun, iaitu dari 1300M. hingga 1800M. Dalamzaman ini terdapat hasil-hasil karya tulis yang besar dan agung, melahirkanpara penulis dan ulama yang terkenal, wujudnya pusat-pusat kerajaan Melayu yangtersebar
dari Aceh di barat sampai ke Maluku di timur, dan Campa di utara sampai keBanten, di selatan, terdapat jalur-jalur perdagangan rempah ratus yangberselirat di Alam Melayu, meningkatnya penyebaran Islam melalui bahasa Melayudi pelbagai penjuru kepulauan Melayu dan lain-lain lagi.
Dalam zaman ini juga lahirpara ulama saya yang terkenal. Antara para ulama yang lahir dalam zaman iniialah Hamzah F’ansuri, Abdul Rauf al.-Fansuri (Singkel); Syamsuddinal-Samatra’i
(Pasai); Nurudin al-Raniri di Aech; Tun Sen Lanang dan Bukhari al-Jauhari(Johor); Daud Abdullah al-Fataui; Abdul Samadal­Falimbani; Muhammad Arsyadal-Banjari; Syeikh Yusuf al-Maqasari, dan lain-lain lagi.
Antara hasil-hasil karyatulis yang terkarang dalam zaman ini ialah Sulalatus-Salatin (Sejarah Melayu),Hukum Kanan Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Hikayat Amir Hamzah, HikayatMuhammad All Hanafiak, Hikayat Hang Tuah, Adat Raja-raja Melayu, Syair BurungPungguk, Syair Burung Pingai, Syair Dagang, Syair Perahu, Syarab ­Asyikin,Syarab Ruba’i Hamzah Fansuri, Tanbih al-Tullab, Sirat al­-Mustaqim, Bustanal-Salatin, Ta] al-Salatin, Terjemah Tafsir atBaydawi, Syifa’ al-Qulub, Jawahiral-Ulum, Lata’if al-Asrar, Kfayat al-Muhtajin, Mir’at al-Tullab, Hujjatal-Balighah, Bidayat al-Hidayat, Hidayat al­Salikin, Siyar al-SalikiR Sabilal-Muhtadin, Furu’ al-Masa’il, Safinat a?­Najah, Fat al-Rahman danberatus-ratus tulisan lagi yang ditulis sama ada di Aceh, Patani, Palembang,Banjar, Makasar, Banten, Pontianak, Berunai, Jawa, Ininangkabau, mahu pun diMakkah dan Madinah.
Dalam zaman ini datanglahorang-orang Barat – Portugis, Sepanyol, Belanda, dan Inggeris. Mereka telahmembawa budaya dan tamadun mereka untuk diperkenalkannya di Alam Melayu selainuntuk menjajah dan menguasai pusat-pusat perdagangan terutama perdaganganrempah. Beberapa kota penting telah dikuasai mereka seperti Melaka dan Antonoleh Portugis. Tetapi bangsa Barat yang paling berjaya menguasai Alam Melayuialah Belanda. Pada abad ke- 18 mereka ini telah berjaya
menguasai Melaka, Padang, Palembang, Cirebon, Batavia (Jakarta), Seluarang,Kupang, Makassar, Pontianak, Banjarmasin, Manado, Ternate, Ambon dan Banda.Orang-orang Barat ini juga menyebarkan ajaran agama mereka, iaitu agama Kristian-Katolikdan Protestant. Mereka mula
menggunakan tulisan Rumi untuk bahasa Melayu seperti yang diusahakan olehDuarte Barbosa, Antonio Pigafetta, Leydekker, dan lain-lain. Kitab Bible jugatelah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu seperti naskhah Elkitab, ija itoesega?a Soerat Perdjandjian lama dan baharuw yang diusahakan oleh Leydekker padatahun 1731-1732. Selain itu orang-orang Barat juga telah menyusun daftar katabahasa Barat-Melayu,seperti Portugis-Melayu, ltali-Melayu, Belanda-Melayu, Inggeris-Melayuatau akasnya dan juga kamus dwibahasa Barat-Melayu dan buku tatabahasa Melayuatau yang lain-lain seperti yang diusahakan oleh John Ogilby, Thomas Bowrey, deHoutmann atau yang lain-lain termasuk Valentijn.
Walaupun demikian pengaruhkolonial Barat tidak meresap ke dalam budaya dan bahasa Melayu. Buktinya ialahorang Melayu tetap menggunakan tulisan Jawi untuk segala jenis tulisannya.Orang Melayu masih terus mempertahankan agamanya, iaitu Islam, orang Melayumasih mempertahankan adat istiadat Melayunya. Oleh sebab itulah orang Baratterpaksa menggunakan apa yang dipakai oleh orang Melayu. Contohnya Leydekkeryang menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu dengan tulisan rumi pada tahun1731-1732, terpaksa beralih kepada tulisan Jawi pada tahun 1748. Ini keranatulisan ruminya tiada sambutan daripada orang Melayu. Bahkan setelah dijawikanpun tidak dibaca oleh orang Melayu. Oleh sebab itulah sehingga ke abad ke- 19para pengembang agama Kristian terpaksa menggunakan tulisan Jawi dan bahasaMelayu untuk tulisan-tulisan mereka seperti pada majalah­-majalah Bustan ArifinCermin Mata dan Taman Pungutauan.
Dari segi hasil karya tulisanmemang banyak orang Barat yang menulis tentang bangsa dan bahasa Melayu, namunhanya setakat menulis itu sahaja. Pengaruhnya tidak meresap ke dalam bahasa danbudaya Melayu.
Begitu juga orang Baratbanyak menguasai daerah dunia Melayu sebagaimana yang telah disebutkan di atas,namun mereka hanya berkuasa dalam politik penjajahan dan perdagangan dan tidakdapat
menghunjamkan pengaruhnya ke dalam jantung bahasa dan budaya Melayu. Oleh sebabitulah saya tidak bersetuju apabila kata kolonial ditonjolkan dalam ketiga-tigazaman bagi bahasa Melayu -zaman
prakolonial, zaman kolonial dan zaman pascakolonial.
Zaman bahasa Melayu klasikini mempunyai beberapa ciri dan sifat tertentu yang berbeza dengan bahasaMelayu kuno dan bahasa Melayu pramoden. Antaranya ialah:
a. Penggunaan tulisan Jawilebih menonjol daripada tulisan-­tulisan yang lain.
b. Kata-kata pinjaman Arabdan Parsi mula menapak ke dalam bahasa Melayu terutama untuk istilah-istilahagama, dan pemerintahan.
c. Fonem-fonem Arab mulamasuk dan dipinjam oleh bahasa Melayu.
d. Ungkapan-ungkapan,istilah-istilah dan bahasa Arab dan Parsi mula wujud dalam bahasa Melayu.
e. Pengaruh agama Islamsemakin bertambah kuat dan berjaya mengetepikan pengaruh agama-agama Hindu danBuddha di kalangan orang Melayu.
f. Wujudnya sistempemerintahan Islam dan hukum Islam dalam pemerintahan kerajaan Melayu yangditulis dalam bahasa Melayu.
g. Belum terbukti adanyatulisan orang Melayu sendiri yang memfokus kepada ajaran agama Kristian yangdibawa oleh orang-orang kolonial Barat.
Zaman Bahasa Melayu Pramoden
Zaman bahasa Melayu pramodenini wujud dalam abad ke-19M. Ia merupakan zaman peralihan antara zaman bahasaMelayu klasik dengan zaman bahasa Melayu moden. Dalam zaman ini tamadun Baratdan budaya Barat sudah berjaya meresap ke dalam tamadun dan budaya Melayutetapi
bahasa Melayu itu sendiri – dari segi gaya bahasa, kosa kata, ungkapan danlain-lain masih banyak berbentuk bahasa Melayu klasik.
Namun pada zaman ini alatpercetakan sudah mula diperkenalkan (1806), sekolah Melayu mula dibuka (1821),majalah dalam bahasa Melayu mula diterbitkan (1821), suratkhabar Melayu muladicetak dan diedarkan (1856), pengajaran bahasa Melayu secara formaldiperkenalkan (1821),
persatuan bahasa Melayu mula ditubuhkan (1888), pemerintahan cara Barat muladiterima pakai oleh orang Melayu terutama di negeri Johor (1885), gaya bahasalaporan diketengahkan seperti dalam karangan Abdullah Munsyi dan buku-bukuuntuk bacaan sekolah mula dikarang sebagaimana yang dilakukan oleh Syed Mahmudbin Syed Abd. Kadir (1890-an), perlembagaan negeri Melayu yang moden muladigubal (1895), istilah-istilah pemerintahan Inggeris diberi padanan Melayunya(1888) dan beberapa unsur baru yang lain termasuk penulisan tatabahasa Melayudan kamus Melayu oleh orang-orang Melayu sendiri.
Itulah unsur-unsur barudaripada tamadun dan budaya Barat yang meresap ke dalam tamadun dan budayaMelayu. Namun demikian tidak semua yang baru itu dari Barat atau kolonial Baratkerana ada juga unsur-unsur itu datangnya melalui Asia Barat sepertipendapat-pendapat daripada para
ulama’ kaum muda seperti Syeikh Ahmad Rhatib dan Syeikh Tahir Jalaluddin, danpada ketika itu juga tidak semua daerah alam Melayu dikuasai Barat ataudijadikan koloni oleh orang Barat. Contohnya Kedah, Perlis, Kelantan danTerengganu baru ditakluki Inggeris pada tahun 1909, dan Johor baru menerimapenasihat Inggeris pada tahun 1914. Jadi dengan itu tidak benar sama sekali dantidak tepat sama sekali untuk menonjolkan “kolonial”-nya. Paling tinggi yangkita boleh katakan ialah wujudnya pengaruh tamadun Barat sahaja.
Daripada keterangan dan buktidi atas menunjukkan wujudnya pengaruh Barat atau kolonial baru jelas, dalamzaman bahasa Melayu pramoden tetapi unsur-unsur lama masih tetap ada terutamadari segi gaya bahasa, pemiihan kata, terbatasnya kata-kata pinjaman daripadabahasa Barat, tulisan Jawi tetap menjadi tulisan bagi orang Melayu dan tulisanRumi masih asing bagi orang Melayu, demikian juga agama Kristian yang gencardisogokkan kepada orang Melayu masih belum dapat menerobosi bentengIslam-Melayu.
Zaman Bahasa Melayu Moden
Apabila menginjak abad ke-20banyak perubahan berlaka. Negeri-­negeri Melayu yang dahulunya masih bebasterpaksa tunduk ke bawah kolonial Barat — Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganudan Johor mula dicengkam oleh penjajah Inggeris, kerajaan Melayu Riaudihancurkan oleh Belanda. Demikian juga negeri-negeri Melayu yang lain diIndonesia. Pengaruh budaya dan tamadun Barat terus mengental. Akhirnya dominasipenjajahan, budaya dan tamadun Barat berdiri tegak di alam Melayu.
Bahasa Melayu jatuh menjadibahasa vernakular, demikian juga bahasa-bahasa peribumi yang lain. PendidikanBarat dikembangkan, sekolah-sekolah berbahasa penjajah dan sekolah-­sekolahKristian didirikan di merata-rata tempat di seluruh Nusantara; pegawai-pegawaipenjajah disebarkan ke seluruh ceruk rantau tanah jajahan bagimengkonsolidasikan kekuasaan penjajahan mereka. Bangsa Melayu menjadi anakjajahan. Namun sinar-sinar untuk kemajuan mengerlip dari Timur ketika Jepunmengalahkan Rusia (1905), pandangan-pandangan Islam moden yang dicetuskanal-Afghani dan Abduh dan Asia Barat meresap ke dalam pemikiran sebahagianorang-orang Melayu yang berjiwa merdeka.
Dengan mengsintesiskanfikiran-fikiran dan pengaruh Barat dan Timur yang meresap ke dalam bahasaMelayu maka bahasa Melayu mula menapaki jalan kemajuan.
Pada awal abad ke-20,penjajah Belanda mengamalkan Dasar Etika (Ethical Policy). Tulisan Rumi dipakaiuntuk bahasa Melayu dan dibakukan ejaannya, iaitu ejaan van Ophuijsen. Kemudiankerajaan
Penjajah Belanda mengadakan sebuah Suruhanjaya — Cominissie voor de InlandscheSchool en Volkslectuur, pada tahun 1908 yang diketuai Dr. G.A.J. Hazeu. Padatahun 1917 Cominissie itu diubah menjadi Balai Poestaka yang dipimpin oleh Dr.D.A. Ringkes. Balai Poestaka menerbitkan majalah bulanan Sri Poestaka (1918)dan Mingguan Pandji Poestaka (1923). Selain itu ia menerbitkan novel-novelseperti Azab dan Sengsara oleh Mirari Siregar (1920), Sitti Nurbaja oleh LuarahRoesli (1922), dan Salah Asoehan oleh Abdoel Moeis (1928).
Pada tahun 1928 diadakanKongres Pemuda Indonesia II, dan dalam kongres ini diputuskan nama bahasaMelayu ditukar kepada BAHASA INDONESIA. Ini termaktub dalam Soempah Pemoedayang diadakan pada akhir Kongres Pemuda tersebut. Sejak itu bahasa Indonesiamenjadi bahasa persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia. Pada tahun 1945 iadinobatkan sebagai bahasa negara Indonesia -sebagai Bahasa Kebangsaan danBahasa Rasini.
Bagi meningkatkan citrabahasa ini Kongres Bahasa Indonesia telah diadakan. Mula-mula diadakan di Solo(1938), kemudian di Medan (1954) dan selepas itu di Jakarta. Kemudian bagimemantapkan
korpus bahasanya, Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa telah didirikan,bermula dari Instituut voor Taal en Cultuur Onderzoek (ITCO) pada 1947. Tetapiia ditukar namanya beberapa kali seperti Lembaga Bahasa dan Budaya, LembagaBahasa dan Kesusasteraan, Direktorat Bahasa dan Kesusasteraan, Lembaga BahasaNasional, dan akhir sekali Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa.
Dalam menapaki liku-likuperjalanan sejarahnya beberapa angkatan penulis telah lahir seperti AngkatanBalai Pustaka, Angkatan Pujangga Baru, Angkatan`45, Angkatan `66, dan Angkatan`98.
Sejarah bahasa Melayu abadke-20 di Malaysia mengalami beberapa tahap seperti Bahasa Melayu awal abadke-20 dengan wujudnya Maktab Perguruan Melayu (1900, 1913, 1919) dan majalah al­Imam(1906), kemudian muncul zaman SITC – Pejabat Karang Mengarang yang berpusat diTanjong Malim (1922 – 1941), Bahasa Melayu Zaman Jepun (1942 – 1945), BahasaMelayu Pasca-Perang(1945 – 1949). Bahasa Melayu Pramerdeka (1950 — 1957),Bahasa Melayu Pascamerdeka (1957 —
1969), Bahasa Melayu Pasca 1969, dan Bahasa Melayu Pasca 1980.
Dalam abad ke-20 BahasaMelayu banyak berubah kerana pengaruh kolonial Barat dan juga pengaruh dan AsiaBarat serta Jepun. Jumlah sekolah Melayu semakin bertambah banyak –berlipat-lipat kali ganda, maktab-maktab perguruan Melayu dibuka, majalah danakhbar pelbagai jenis diterbitkan, buku-buku bacaan sekolah, buku-buku umum dankitab-kitab agama dicetak sama ada di Malaya atau Indonesia. Bahkan ada yangdicetak di Bombay, Cairo, Mekah -Madinah dan
Istanbul. Persatuan-persatuan penulis, persatuan-­persatuan kebajikan,kebudayaan, bahasa dan kesusasteraan serta politik tumbuh dengan subursekalipun ditekan dan dicengkam oleh kuku besi penjajah.
Bahasa Melayu tetap terusberkembang. Perkembangan bahasa Melayu semakin pesat apabila negara-negara diDunia Melayu mencapai kemerdekaannya — Indonesia (1945), Malaysia (1957),Singapura (1963)dan Brunei (1984). Di Malaysia, apabila menjelang kemerdekaanterdirilah kelas-kelas menengah Melayu yang menjadi cikal bakal sekolah menengahMelayu, begitulah juga dengan terdirinya institusi-institusi yang lain sepertiDewan Bahasa dan Pustaka, Maktab Perguruan Bahasa, kemudian UniversitiKebangsaan Malaysia yang menjadi puncak dasar pelajaran kebangsaan. Bagimengukuhkan kedudukan bahasa Melayu beberapa banyak penyata, akta, danpenggubalan
perlembagaan negara yang diluluskan seperti Penyata Datuk Abdul Razak Hussein(1956), Penyata Datuk Abdul Rahman Talib (1960), Ordinans Pelajaran (1957),Perlembagaan-­perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan Malaysia (1963),Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (1959 dan
1995), Akta Pendidikan 1961, Akta Bahasa 1963, Akta Bahasa 1967, AktaUniversiti dan Kolej Universiti (1971), Akta Universiti dan Kolej Universiti —Pindaan (1975), dan pelbagai akta yang lain termasuk Akta Pendidikan 1996.
Dalam abad ke-20 bahasaMelayu sudah menjadi bahasa yang moden kerana unsur-unsur moden sudah meresapke dalam bahasa Melayu, banyak buku yang ditulis dan diterbitkan, banyakmajalah dan akhbar yang dicetak dan diedarkan dalam pelbagai bidang dan jurusanbagi memenuhi
keperluan hidup manusia Melayu dalam zaman moden ini. Perkembangan bahasaMelayu semakin pesat selepas negara ini mencapai kemerdekaannya, terutama dalambidang sains dan teknologi.
Buku-buku iliniah banyakditerbitkan termasuk untuk teks-teks pengajian tinggi, istilah-istilah banyakyang telah digubal, bahkan pada tahun 2000 ini sudah mencapai ke angka1,000,000 istilah dalam pelbagai bidang ilmu. Selain itu bahasa Melayu jugamenjadi bahasa pentadbiran di semua
peringkat perkhidmatau awam, dalam mahkamah, pengajian rendah dan menengahserta pengajian tinggi.
Daripada segala kenyataanyang terpapar di atas jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu moden mempunyaiciri yang moden seperti kemampuan bahasa Melayu untuk digunakan dalam bidangilmu yang tinggi dan mendalam, bukan sahaja dalam bidang falsafah tetapi jugadalam bidang sains dan teknologi. Dengan kata lain ia mempunyai kudrat dankekuatan untuk membahas ilmu-ilmu moden dan bagi menupang budaya dan tamadundunia moden yang tinggi. ini semua merupakan hasil daripada usaha perancanganbahasa Melayu yang dibuat secara individu atau kelompok dalam mengemaskinikantatabahasa Melayu dan membakukannya, menambah kosa kata ilmiah dengan menggubalistilah-istilah baru dalam pelbagai bidang ilmu sehingga bahasa Melayu menjadiperkasa.
Kesimpulan
Daripada apa yang telahdiperkatakan di atas jelas menunjukkan bahawa pembahagian zaman-zaman bahasaMelayu di atas adalah berdasarkan ciri-ciri yang khas bagi setiap zamanperkembangan bahasa Melayu. Ia tidak menekankan kepada satu-satu unsur atausumber seperti bahasa Melayu zaman Hindu, zaman Islam atau yang lain-lain, ataubahasa Melayu zaman pra-Hindu, pra-Islam, pasca-Hindu, atau pasca-Islam. Jikadibuat deinikian akan memojokkan pengaruh­pengaruh yang lain. Jadi pembahagianzaman bahasa Melayu kepada tiga, iaitu zaman prakolonial,
zaman kolonial dan zaman pascakolonial adalah tidak relevan sama sekali, dantidak ilmiah.

0 comments:

Post a Comment

Sample Text

Social Profiles

Arsip Blog

Pengikut

Guest Counter

Powered by Blogger.

Ads 468x60px

Popular Posts

Blog Archive

About

Featured Posts Coolbthemes